21 MAY 2011: HARI YANG MENYAYAT HATI...

kira2 jam 2.30 petang tadi berlaku tragedi sedih di rumah anak yatim al-taqwa, felcra semungkis (hulu langat). 25 orang anak2 yatim tertimbus di bawah runtuhan tanah yang berlaku secara tiba2 ketika mereka sedang menjamu makanan tengahari di rumah kebajikan tersebut. setakat jam 8.00 malam tadi 7 mangsa selamat dan 3 mangsa yang terkorban telah ditemui, manakala yang lain masih dalam usaha menyelamat.

pasukan menyelamat dan sukarelawan sedang berusaha mencari 15 lagi mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan tanah walaupun dalam keadaan hujan renyai. ramai pemimpin2 dari pelbagai parti sudah berada di tempat kejadian, TPM tan sri muhyidin yasin diberitakan akan tiba di sana jam 10.00 malam ini.

sama2 kita doakan keajaiban dari ALLAH supaya anak2 yatim tersebut masih selamat dan dapat ditemui secepat mungkin. al-fatihah untuk adik2 yang terkorban... semoga ujian ALLAH ini sama2 kita jadikan pengajaran dan ikhtibar dalam usaha merebut margfirahNYA!

update: sehingga jam 10.55 malam
9 diselamatkan, 12 terkorban
4 lagi masih tertimbus
YA ALLAH... SELAMATKANLAH ADIK2KU/ANAK2KU
DI RUMAH ANAK2 YATIM AL-TAQWA!!


lagi gambar2 di blog MPP (KLIK!)
.

Comments

Hang horatio said…
mana penguatkuasaan dari kerajaan selangor!!!!
RR said…
12 tgah malam: khalid ibrahim belum turun??? mana dia... siot punya MB!!!