..

UNDER CONSTRUCTIONS...

hati masih diruntun sedih dengan nasib yang menimpa anak2 yatim di madrasah altaqwa, hulu langat. tak terbendung airmata lelaki ini bila melihat video dan gambar2 di lokasi kejadian. bertambah sedih bila mendapat tahu cerita kegembiraan mereka yang baru saja selesai latihan kompang dan makan tengahari dengan ceria. takdir ALLAH yang tak mampu dianjak untuk kita sama2 belajar menginsafi.

sehingga berita ini ditulis seramai 21 orang mangsa telah ditemui. 12 terkorban dan 9 masih hidup. 4 lagi mangsa belum ditemui... usaha menyelamat masih giat dijalankan.

TPM tan sri muhyidin yassin yang melawat tempat kejadian telah mengumumkan sumbangan RM10,000 seorang dari kerajaan pusat bagi setiap keluarga mangsa yang terkorban. PM datuk seri najib memendekkan rangka lawatan ke AS semata-mata untuk pulang menziarahi mangsa dan keluarga yang terlibat dalam musibah ini.

keajaiban ALLAH yang tak mampu kita dustakan bila seorang petugas di rumah anak yatim tersebut yang tertimbus selama 8 jam ditemui masih selamat.

dikhabarkan anak2 yatim ini sedang membuat persiapan untuk menyambut dan meraikan rombongan dari FINAS yang dijangka tiba pada jam 5.00 petang. namun malang menimpa bila runtuhan tanah menghempap khemah yang sedang mereka siapkan untuk program itu.

tidak sempat meraikan rombongan.... raikan saja hidupmu di syurga, adik2ku!! al-fatihah untuk semua mangsa yang terkorban... ='(

terkini: semua mangsa yang tertimbus sudah ditemui. 16 terkorban, 9 selamat. al-fatihah...

0 das tembakan!:

 
Top