..

UNDER CONSTRUCTIONS...

"kalau benar nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan timbalan presiden PAS dan (kerusi parlimen) di bachok. apa buat sampah, menyusahkan!" kata nik aziz selepas mesyuarat exco kerajaan negeri kelantan di KB pada 17 jun 2009.

dua hari lepas menyaksikan nasharuddin mat isa tidak perlu meletakkan jawatan sebagai timbalan presiden bila nik aziz sendiri memilih mat sabu menggantikan tempatnya. ustaz nasha betul2 dibuang seperti sampah!

ustaz nasha disisihkan secara sistematik bagi mengelakkan kesilapan geng erdogan pada pemilihan lalu. dalam pemilihan lepas penyokong erdogan terbahagi dua antara mat sabu dan husam yang mana akhirnya memberikan kemenangan kepada ustaz nasha untuk terus memimpin.

kali ini husam menarik diri di saat akhir dari pertandingan timbalan presiden dan meletakkan wakil ulamak, tuan ibrahim untuk memecahkan undi di kalangan penyokong ulamak di dalam pemilihan PAS. penyudahnya mat sabu tersenyum kambing menjulang kemenangan.

penguasaan erdogan hampir total bila 8 saja wakil ulamak yang dipilih dari 23 pimpinan baru PAS. keputusan ini bertepatan dengan pendedahan haji hadi mengenai penipuan berpuluh tahun PAS mengenai negara islam, selepas dia mengakui tiada nas di dalam alquran menyebut mengenai negara islam.

apa yang pasti ustaz nasha akan terpilih dalam senarai AJK lantikan haji hadi, tapi semua itu hanya atas nama menjaga hati. hakikatnya suara ustaz nasha akan terus dibisukan, khudratnya akan digari kejap. apa makna perjuangan jika pendapat dan saranan selepas ini hanya seperti serigala menyalak bulan?

kembali kepada seruan nik aziz supaya ustaz nasha menyertai UMNO, inilah saat paling tepat untuk merealisasikan cita2 nik aziz. nuansa islami di dalam PAS sudah semakin menipis, matlamat perjuangan semakin menyongsang jauh. ayuh ustaz nasha sertai perjuangan agama & bangsa tanpa retorik, tanpa kosmetik... tiada wadah yang lebih syumul selain UMNO!

10 das tembakan!:

Anonymous said... June 6, 2011 at 11:10 AM

aku bukan penyokong PAS. tapi dalam PAS aku suku ustaz nasha. tak tau kenapa. kalau ustaz nasha menyahut cabaran niky ajis apa salahnya. UMNO juga islam bukan PAS je. lagi pun kalau join UMNO tak payah lepaskan kerusi yang dah dimenangi tu. kekalkan je kerusi parlimen Backok tu.biar padan muka orang tua tu.

Anonymous said... June 6, 2011 at 12:51 PM

allahhuakbar.. Bebaskan kelantan dari cengkaman pas

mae1000 said... June 6, 2011 at 1:12 PM

Yang bukan PAS, bukan UMNO, kira Islam tak ?

Anonymous said... June 6, 2011 at 6:12 PM

SETUJU. Ustaz Nasha masuk UMNO tp jangan lepaskan kerusi Parlimen Bachok. Nik Aziz ni kalau dia hidup zaman Nabi,Nabi pun dia kata tak betul

anti bohmau said... June 7, 2011 at 12:57 AM

bercakap sebijik mcm ahli politik total. habisla title ulama yg zuhud... tobat lahum akan jadi mainan bibir lepas ni!!!!....

nonbal said... June 7, 2011 at 1:41 AM

Demi ugama bangsa dan hegara, ayuh ustaz nasha, kalau rasa was-.was, jumpa je ulamak neutral yang banyak kat malaysia untuk bermezakarah, kemudian sembahyang hajat dan buat keputusan tepat.
PAS bukan agama, tapi hanya parti politik yang telah banyak membua.t onar

Anonymous said... June 7, 2011 at 2:49 AM

Jangan ikut perasaan.Ust Nasha kini bebas membuat kritikan yg mungkin dapat menyedarkan PAS yg islam tulin mewajibkan perpaduan dikalangan rakyat yg sama2 aqidah.Lebih baik diusir keluar daripada keluar sendiri sekarang dan dituduh musuh dlm selimut sahingga ini,sekaligus meng-iyakan kesangsian nik aziz .

Anonymous said... June 8, 2011 at 12:26 AM

bagi nik aziz,islam itu pas, pas itu islam,lain drp tu tak islam, kalu ust nasha keluar pas maknanya keluar isle, tukar parti maknanya tukar ugama, saya nasihatkan ust nasha jgn tukar parti, sendiri mau ingat laa fatwa tu...

Anonymous said... June 8, 2011 at 11:51 PM

Salam, pandangan sy ust nasha tak perlu keluar Pas Sekarang tp perlu neutral kan pandangan org Pas supaya sedar Dan berpijak dibumi yg nyata, beri tau kpd mereka yg selama ini mereka telan Di bohongi.... Org yg bernilai mcm ust nasha tak perlu risau. Umno perlu org mcm ni...pintu Akan terbuka luas selagi Ada jiwa menyatupadukan melayu. Allah Akan beri tempat pd ust nasha....insyaallah.....

Anonymous said... September 10, 2011 at 2:47 AM

welcome welcome bro

 
Top