..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Ketua PAS Selangor: Saya ada ditawar tapi diminta tak pertahan DUN Meru

KLANG, 15 Jun — Dr Abd Rani Osman yang awal minggu ini dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor mendedahkan beliau juga pernah didampingi dua lelaki yang mendakwa diri mereka mewakili Umno dan memujuknya tidak lagi bertanding mempertahankan kerusi DUN Meru pilihan raya umum ke-13.

Ketika ditemui di pejabatnya di sini semalam, Dr Abd Rani berkata, kedua-dua mereka datang hanya meminta “saya agar tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang.”

Sambil melahirkan rasa hairan dengan pendekatan itu, wakil rakyat penggal pertama ini memberitahu, kedua-dua mereka tidak memintanya keluar PAS dan menyertai komponen BN sebagaimana pernah disaksikan sejak tiga tahun lalu.

“Mereka tak minta saya keluar PAS, keluar Pakatan Rakyat, mereka tak minta saya menyertai Umno, tetapi hanya mahu saya tidak bertanding lagi pilihan raya umum akan datang... saya pun tidak tahu mengapa,” kata beliau dalam temu bual sempena pelantikannya menggantikan Datuk Dr Hasan Ali mengetuai PAS Selangor.

Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri mengetuai PAS Selangor selama lapan tahun atau empat penggal. The Malaysian Insider difahamkan beliau ada ditawarkan sejumlah wang jika sanggup menerima permintaan tersebut.

“Saya memberitahu mereka nilai saya ialah al-Quran dengan menunjukkan mereka al-Quran, mereka menitiskan air mata dan keluar dari pejabat saya... saya tak jumpa mereka lepas itu... saya pun tak ingat nama mereka,” kata doktor perubatan ini yang menceburi politik dengan menyertai PAS akhir 1990-an.

Dengan seringkali kelihatan mengenakan songkok yang berbeza daripada ahli-ahli PAS yang lain, Dr Abd Rani (gambar) yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Kapar berkata, beliau didampingi kedua-dua lelaki itu awal tahun ini selepas beliau kembali dari lawatan ke luar negara.

DUN Meru merupakan salah satu kerusi dalam bahagian Parlimen Kapar yang wakilnya adalah dari PKR. Dr Abd Rani memenangi kerusi Meru dengan menewaskan Md Ghazali Amin dengan memperoleh majoriti 5,513 undi. Pada pilihan raya umum 2008, Dr Abd Rani memperoleh 14,826 undi manakala Md Ghazali pula 9,313 undi.

PAS yang bergandingan dengan DAP dan PKR membentuk kerajaan negeri mempunyai lapan kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Usaha memujuk wakil rakyat parti komponen Pakatan Rakyat meninggalkan perikatan itu dan menyertai BN menjadi sebahagian ‘budaya’ politik sejak pilihan raya umum 2008. Ia juga berlaku di Perak, Kedah dan Pulau Pinang iaitu negeri-negeri diterajui Pakatan Rakyat.

Di Selangor, Adun Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah keluar PKR untuk menjadi wakil rakyat mesra Umno. Tawar-menawar kepada wakil rakyat agar keluar Pakatan Rakyat menjadi fokus ketika cakap-cakap mengenai idea kerajaan perpaduan antara Umno-PAS turut menjadi perhatian dan banyak diperkatakan.

Mengulas mengenai idea kerajaan perpaduan itu, Dr Abd Rani menegaskan, sudah tidak lagi timbul soal kerajaan perpaduan khususnya selepas parti itu mengambil pendirian tegas.

“Ini soal UG (kerajaan perpaduan) ini jangan dikatakan lagi, bagi saya sudah tidak ada lagi soal UG ini... kami (PAS) akan kekal dalam Pakatan Rakyat, akan bersama dengan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum,” kata beliau. Dr Abd Rani berkata, dengan gandingan dan kerjasama komponen Pakatan Rakyat pihaknya yakin akan meningkatkan kerusi diperoleh parti Islam itu.

“Insya-Allah kami yakin dapat menambah kerusi, ya... sekali ganda... hingga 15 kerusi, berbanding lapan yang ada sekarang,” katanya. -MI
entah makhluk bunian mana la yang datang jumpa dia semata2 minta tak bagi dia bertanding kat meru... takde apa yang nak dipromosi terpaksa la buat cerita rekayasa tanpa bukti untuk tunjukkan dia tu penting kat DUN meru/ PAS selangor!

3 das tembakan!:

Anonymous said... June 15, 2011 at 10:47 PM

setakat bercakap tiada bukti sahih tak payah nak tuduh UMNO la,kan PAS sendiri nak bukti sahih bila kes video anwar,jd setakat ada orang dtg cakap mcm tu mungkin hanya sandiwara beliau jer serta mungkin orang itu dr puaka2 pas sendiri dengan menyamar orang UMNO,UMNO yg jadi busuk..Baik beliau bagi bukti siapa yang datang tu serta mcm mane beliau tahu orang itu dr umno

Anonymous said... June 15, 2011 at 10:56 PM

taqiyah adalah asas kekuatan syiah yang sedang digunakan olih pas dan - itulah hal haram jadi halal dalam pas - bohong pun jadi sunat

Anonymous said... June 15, 2011 at 11:05 PM

sudahlah munafik lagi tidak berpijak dibumi nyata.. belum sepenggal pegang Selangor, PR mimpi undi kepada mereka meningkat.. Betul, BN sukar tawan selangor tapi PR pasti hilang banyak kerusi.

 
Top