HAJI HADI AKUR TITAH YDP AGONG!!

Menjunjung Kasih Titah Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong

Ditulis oleh Presiden PAS
Isnin, 04 Julai 2011 15:07

Parti Islam SeMalaysia (PAS) menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada hari Ahad 3 Julai 2011 mengenai isu perhimpunan aman Bersih 2.0 yang hangat diperkatakan pada waktu ini. Seluruh kepimpinan PAS merasa amat berbesar hati dengan keperihatinan dan perhatian yang diberikan oleh Seri Paduka Baginda Tuanku sebagai pelindung keluhuran perlembagaan negara dan lambang berdaulat negara kita ini.

Titah Seri Paduka Baginda Tuanku bahawa dalam setiap permasalahan yang timbul, sebagai masyarakat yang bertamadun kita hendaklah mencari jalan penyelesaian secara rundingan dan tidak mengikut perasaan. Ini adalah amat tepat sekali dalam merungkai perkara yang dibangkitkan, iaitu pembaharuan terhadap keseluruhan sistem pilihanraya bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini.

Sehubungan dengan itu, maka PAS bersedia untuk menghantar wakil bersama dengan Bersih 2.0 dan rakan parti politik dalam Pakatan Rakyat serta semua pihak yang cintakan keamanan untuk berunding dan seterusnya mengadap ke bawah Duli Seri Paduka Baginda Tuanku bagi menjelaskan kekeliruan yang timbul hasil dari liputan buruk yang dimainkan terhadap bantahan aman ini. Kesan dari salah faham ini telah menimbulkan provokasi pihak tertentu yang memberi gambaran seolah-olah keadaan sudah tidak terkawal sehingga undang-undang negara juga sudah tidak dihormati lagi oleh pihak berkuasa.

PAS percaya bahawa asas penyebab bantahan ini perlulah digali-selidik dengan hati terbuka dan penuh keikhlasan, terutamanya oleh pihak kerajaan yang memegang tampuk pemerintahan dalam negara kita pada ketika ini. Ini juga selari dengan titah Seri Paduka Baginda Tuanku supaya pihak kerajaan wajar untuk melaksanakan amanah dengan secara adil dan bijaksana. Tercetusnya idea bantahan ini adalah kerana terlalu banyak kelemahan dalam amalan pilihan raya di Malaysia dengan berlakunya penipuan, rasuah dan salah guna kuasa dan media secara tidak demokratik.

Keadaan ini semakin buruk walaupun kita telah mencapai kemerdekaan lebih dari 50 tahun dan sudah dua belas kali pilihan raya umum diadakan. Sejak sekian lama ini, kerajaan Barisan Nasional telah banyak menyalahgunakan kuasa mereka di atas nama demokrasi, walaupun negara-negara di seluruh dunia sudah banyak melakukan reformasi terhadap sistem pilihan raya dan demokrasi yang membawa kebaikan kepada seluruh rakyat.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)
4 Julai 2011 / 2 Syaaban 1432 H

dipetik dari sini (klik!)
orait! alang-alang haji hadi & ambabiga dah siap nak jumpa YDPA bagi menjelaskan tentang BERSHIT 2.0... serahkan aje sekali memorandum BERSHIT yang kononnya menuntut pilihanraya adil tu. tak perlu berkumpul & memberuk di jalanan ramai2 9 julai nanti semata2 untuk menyerahkan sekeping kertas kepada YDPA. jangan sampai majoriti senyap yang dah lama sangat bersabar ini bangkit melawan... cuba selesaikan dengan baik secara rundingan kerana kita semua dambakan MALAYSIA yang selalu aman & sejahtera!


nak tahu kenapa perhimpunan BERSHIT haram di sisi agama islam sila rujuk sini (klik!)

.

Comments

Anonymous said…
Umno dok memBERUK diPinang tu apa? Dulu di Selangor,... titah Agong ni tak terpakaikah semasa UMNO dok memBERUK tuu??? Bangsa lain akan hormati jika kita AMANAH & ADIL, bukan Melayu korup, jahil & jahat.
pakatan haprak-yat said…

Anonymous said...
Umno dok memBERUK diPinang tu apa? Dulu di Selangor,... titah Agong ni tak terpakaikah semasa UMNO dok memBERUK tuu??? Bangsa lain akan hormati jika kita AMANAH & ADIL, bukan Melayu korup, jahil & jahat.

July 4, 2011 6:37 PM


inilah contoh melayu tak sedar dek untung. bodoh tak boleh diajar. kalau ko duduk penang, ko akan tahu betapa melayu ditindas oleh kerajaan zalim DAP.
ishakpemadang said…
kalau rasa mereka betul dgn bukitnya sekali kenapa tak bawa kes ke mahkamah.jika tak percaya mahkamah kita maka sila bawa ke world court di hague.jika mahu lebih kepuasan bawa ke UN security council.jgn cuba hancurkan negara hanya untuk memenuhi cita2 peribadi.
Anonymous said…
Puak haramjadah ni bukan pakai otak dalam menerima segala isu dan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang, apa yang pembangkang cakap diterima bulat-bulat tanpa selidik dulu, kalau berlaku rasuah dan salah guna kuasa bawa je ke mahkamah, ini tidak menuduh dan mereka-mereka cerita yang tak masuk akal, itulah raja segala fitnah...dia yang buat fitnah tapi tuduh orang yang memfitnah, bapak syaiton pun surender dengan orang macam ni...
Anonymous said…
Kalau zaman dahulu, YDP @ raja yang peling berkuasa. Tapi zaman skrg..??

Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com