SYABAS MAHASISWA!! JANGAN ULANGI KEBODOHAN MASA LALU GUA!!

menyingkap ceritera 1998, semasa masih menuntut di sebuah IPT di selatan tanah air. gua antara ribuan manusia yang berada di bawah anjung masjid negara ketika itu (gambar atas). sanggup datang ke ibukota KL semata2 mahu mendengar sendiri SUMPAH anuwar bagi menafikan tuduhan atas pemecatannya sebagai timbalan PM ketika itu, membuktikan dirinya telah difitnah dan dianiaya dengan pelbagai tuduhan salahlaku.

peliknya tak terlintas hampa dalam diri gua walaupun anuwar takde melafaz sebaris sumpahpun pada petang tersebut, gua bagai terkesima dengan kepetahannya berkata-kata.

tak berhujung di situ... gua & beberapa orang kawan sempat juga menyertai siri demonstrasi menuntut 'keadilan' ke atas anuwar. sempatlah berbirat belakang dilibas cota FRU dan basah lenjun bermandi air longkang. nasib baiklah gua tak pernah ditahan polis seperti beberapa orang kawan yang lain... ada kawan yang bapak terpaksa gadaikan tanah di kampung untuk datang mengikat-jamin.

itu cerita lama, sewaktu darah muda masih lagi menggelegak... enggan mendengar penjelasan orang dan menilai sesuatu dengan kematangan fikiran. hidup cuma fikir nak memberontak - rebel, rebel, rebel! sampai kedewasaan membuka pintu hati gua untuk memikirkan sesuatu dengan lebih telus dan mendalam. syukur ALLAH tunjukkan satu persatu kesilapan gua, berkorban dan membuang masa untuk SEORANG yang tak sepatutnya disanjung. mengajar gua supaya jangan lagi mudah terpedaya dengan manis mulut yang petah berbicara.

gua tahu ramai anak muda (termasuk mahasiswa macam gua dulu) menyanjung anuwar ditahap taksub. sebenarnya tiada apa karisma atau buah fikirannya yang dapat mengujakan mindapun... cuma kepetahannya berkata-kata membuatkan kita 'hanyut' walaupun telinga disumbat dengan segala macam wayang persepsi, pembohongan dan spekulasi tanpa bukti.

kepada remaja terutamanya mahasiswa gua seru jangan lagi ulangi kesilapan gua... banyak masa dan khudrat gua berlalu sia-sia untuk seorang yang tak sepatutnya dipuja - ANUWAR IBRAHIM. sebab itu parameter kebencian gua kepada anuwar tak pernah surut kerana asyik teringat betapa gua diperbodohkan oleh sandiwara & kata2nya dulu!



melalui video di atas... gua terharu melihat keprihatinan & penat-lelah mahasiswa2 yang bertindak secara sukarela mengedar risalah anti-BERSHIT, anti rusuhan. gua fikir semua mahasiswa sekarang masih lagi dengan mentaliti kurang matang seperti gua semasa menuntut dulu, terikut2 kepala sendiri demi melepas rebel darah muda. nyata sekali meleset... semakin ramai yang mula sedar betapa mahal harga keamanan, betapa harus mengekalkan kedaulatan nusa!

sekalung syabas untuk semua mahasiswa, semua anak muda, semua generasi pewaris bangsa! lu orang memang rockkksss!

Comments

Anonymous said…
Betul, jangan di ulang lagi kebodohan tahun 1998. Sy juga sperti saudara tertipu dengan Anwar. Reformasi kononnya. Tujuan sebenarnya dia ialah untuk mengelak diri dari tuduhan kes liwat dan salahguna kuasa (semasa dia menjadi TPM) dengan berlindung disebalik slogan-slogan politik.
Sekarang satu persatu kebenaran telah terbuka hasil dari Solat hajat PAS semenjak dari tahun 1998. Terima kasih yang tidak terhingga kepada PAS....
Anonymous said…
AKUPUN ANTARA MANGSA YANG KENA KENCING IDOP2 DULU OLEH ALJUBURI..... TOBAT AKU TAKKAN PERCAYA SEPATAH PUN KATA2 DIA PASNI!!!
Anonymous said…
aku pulak bersyukur byk2 sebab tak terikut2 rakan2 lain yg memberontak..baik aku tumpukan study aku. maklumlah, ambil kursus profesional. secara logik, mustahil Tun M nak pecat anwar dulu sedangkan dialah yg didik dan angkat anwar sehingga jadi TPM. itulah pendapat aku masa itu.
jadi aku tetap sokong Tun M dari dulu sampai skrg..aku percaya bahawa Tun M telah buat yg terbaik.
nah, skrg sudah terbukti!
hasilnya, study aku tidak terabai mcm rakan2 yg lain..nasib diorang la...sape suruh tak nak guna otak.
Anonymous said…
ramai antara yg ikut sama demo 98-99 dah sedar & x sokong anwar lagi. kebyakan yg dok sokong dia skg budak2 muda yg x pernah kenal siapa anwar yg sbnarnya..... yg baru nak blajar merebel x tentu hala.
Anonymous said…
aku pun sama.punya sanjung dia dulu.tp sekarang tidak lg.aku sentiasa berdoa supaya dia cepat mati hehehehe