[VIDEO TERBARU] NO ORIGINAL NO SPICY... BYE-BYE KFC!!

Kenyataan Rasmi dari KFC
by Kfc Malaysia on Monday
July 4, 2011 at 7:00pm

Pada bulan Oktober tahun lalu, KFC Malaysia telah dihubungi oleh seorang individu yang telah mengemukakan satu salinan klip video yang menayangkan seseorang telah merosakkan hidangan ketika proses penyediaan makanan tersebut. Kami berpendapat bahawa perbuatan menerbitkan klip video itu sebagai berniat jahat dan merupakan serangan terang-terangan terhadap organisasi kami. Kami telah mengambil tindakan segera dan melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis.

Pada 25 Jun baru-baru ini, kami telah mendapati klip video tersebut telah dimuat turun di halaman YouTube.

Pihak kami ingin menegaskan kepada para pelanggan dan orang ramai bahawa kejadian ini merupakan kes terpencil dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Sejak Oktober 2010, pihak kami telah mengambil langkah-langkah perlu untuk mengelakkan kejadian-kejadian seperti itu berlaku lagi termasuklah dengan memasang televisyen litar tertutup (CCTV) di bahagian dapur restoran-restoran KFC.

KFC akan sentiasa mengekalkan standard kebersihan dan kualiti yang tertinggi dalam semua aspek bisnes kami. Sama ada di Malaysia ataupun di seluruh dunia, anggota-anggota pekerja kami amat berdedikasi untuk terus menyediakan perkhidmatan terbaik, berkualiti dan makanan yang selamat. Kami memandang serius di atas kejadian yang telah berlaku ini. Pihak kami akan sentiasa mengemaskini semula proses-proses pengambilan dan latihan untuk meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada semua pelanggan kami. Pasukan kami yang terdiri daripada 9,700 orang chef dan anggota pekerja lain di seluruh Malaysia akan terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti seperti yang telah diketahui selama ini.

Bagi pihak KFC Malaysia, pihak kami ingin mengucapkan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan di atas sokongan anda semua.

Pengarah Urusan
KFC Holdings (Malaysia) Bhd

dah berapa puluh tahun KFC ditubuhkan di malaysia? baru akhir tahun lepas diorang letak CCTV di tempat penyediaan makanan??? itupun selepas kejadian video calit tapak kasut tu... waddaheckss???

bullshet la dedikasi, kebersihan, terbaik, blablabla lu mengarut dalam statement kat atas!

gua takkan makan lagi KFC selagi takde sesiapa ditangkap oleh polis atas kelakuan bodoh pekerjanya menghidangkan makanan.

gua takkan makan KFC selagi gua tak diberi peluang untuk masuk tengok bilik rakaman CCTV tempat penyediaan makanan di kedai yang gua nak bersantap!

selepas video calit kat tapak kasut diremove kat semua channel YOUTUBE... sila klik link di bawah unt melihat video terbaru sebelum diremove lagi!





.

Comments

Anonymous said…
korang baca la komen2 kat link tu yg berunsur perkauman melampau... sampai depa cakap orang melayu suka makan bab*
Anonymous said…
pengomen tu ada yg bangang, maklumlah dah mkn Bab* byk sgt tp ada gak yg rasional...so no wonder lain org lain ragam.

masalah utamanya tu si sial dlm video tu. kalau betul dia bg mkn kat pelanggan benda kotor n haram mcm tu dia mmg JAHANAM!

lps ni mmg akupun nak elak mkn KFC, McDonald o apa2 la yg kat luar...jijik nak mampos!!!

pengurusan KFC Holdings buat apa? sangap ja ka sbb duit byk???

selagi x da tangkapan aku x kan jejak kaki aku kat KFC lagi!
whiteorange said…
Anda gemar makan kedai mamak?
Anda gemar makan diwarung ?
Anda gemar makan digerai gerai?
Anda gemar makan direstoran restoran?

Anda pernah lihat tukang masak atau pekerja ludah lauk atau air minuman?

Anda pernah lihat tukan tebar roti garu kudis dikaki lalu tebar roti?

Anda pernah lihat tukang tebar roti cungkil gigi lalu gigit lidi sambil tebar roti?

Anda pernah lihat pekerja kedai makan perah kain pengesat kedalam kuah?

Anda pernah melihat peluh menitik nitik kedalam gaulan mi, roti maupun lauk?

Atau anda pernah melihat tukang tebar roti keluar tandas lalu menebar roti?

Anda pernah lihat pekerja letak ais atas simen?

Anda pernah lihat chef ludahkan lauk didapur hotel?

Aku setuju semua ini kejadian terpencil disebabkan sikap tidak bertanggungjawab para pekerja.

Jangan lupa, KFC adalah antara GLC atau perniagaan milik kumpulan Bumiputera yang sangat berjaya.

Satu perbuatan sabotaj?

Runtuh KFC runtuhlah satu ekonomi Melayu ... beribu pekerja melayu hilang peluang pekerjaan,,
whiteorange said…
Langkah paling bijak!

Suruh bini masak dirumah.

Tapi awas! jangan bikin bini marah, takut lauk kena ludah, atau kena nasi kangkang !!! kah kah kah