Apa sebenarnya yang berlaku ketika pemeriksaan JAIS dan polis ke Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC)?
Kisanya mudah, JAIS dalam maklumat dalaman yang mengatakan ada aktiviti menyebarkan agama lain kepada penganut Islam, jadi sebagai penguatkuasa mereka menyiasat dan semuanya dibuat berdasarkan undang-undang yang sedia ada.
Iaitu menggunakan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di kalangan Orang Islam) 1988.
Jadi apa yang berlaku?
Majlis tersebut dinamakan Thanksgiving Dinner atau kenduri kesyukuran dalam bahasa mudahnya.
Ada lebih kurang 100 orang dalam dewan ketika pemeriksaan dilakukan oleh 13 peguatkuasa JAIS dibantu 20 anggota polis.
Menurut Dr Dzulkhaini Husain, penguatkuasa JAIS dan polis menunggu di ruang legar lebih kurang 20 ke 25 minit sebelum dibenarkan melakukan pemeriksaan.
“Tidak benar ada serbu, sebab tidak ada pintu yang dipecahkan, atau sebarang bentuk keganasan, sebaliknya hanya pemeriksaan, dan hadirin diperiksa Kad Pengenalan masing-masing, dan orang Islam diambil butiran lanjut,”katanya.
Dari jumlah hadirin itu, terhadap tiga lelaki, sembilan perempuan dan lapan kanak-kanak yang beragama Islam.
Selain dari kehadiran penganut Islam, apa yang mencurigakan adalah tentatif program serta soalan berbentuk kuiz yang bertanya mengenai pengetahuan mengenai agama Islam.
Agendadaily melihat sendiri tentatif dan kertas soalan yang dikatakan sebahagian bukti didakwa mengaitkan kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.
Tentatif tersebut menunjukkan program yang bermula dari jam 6.30 petang dan sepatutnya berakhir pada 9.55 malam.Dari ucapan pembukaan, hidangan makan malam dan persembahan musik pada jam 7.15 malam yang menurut Dr Dzulkhaini “Pada pukul 7.15 petang, jamuan makan dimulakan, ini bermakna, mana letaknya puasa?”
Turut mencurigakan adalah, nyanyian 'Alhamdulillah dan Allahuakhbar' dan sesi sembahyang yang diakhiri dengan nyanyian lagu Sejahtera Malaysia.
“Ingat masa itu 20 penganut agama kita termasuk kanak-kanak ada di tempat itu, terpesong atau tidak?”
“Perkara ini dikeruhkan lagi, ada soal jawab tentang apa dia agama Islam, mengapa orang Kristian Methodist perlu melakukan perkara ini?” soal Dr Dr Dzulkhaini.
Dalam kertas kuiz yang diperolehi Agendadaily, soalan yang tertera adalah menjurus kepada fahaman agama Islam secara keseluruhannya seperti membabitkan; Nabi Muhammad, Al-Quran, rukun Islam, kitab, solat dan lain-lain.
Kertas yang mengandungi 12 soalan dan mempunyai dua muka surat itu didakwa diberi kepada para peserta yang menyertai majlis makan malam tersebut yang turut disertai oleh 12 individu yang didakwa merupakan penganut agama Islam.
Kertas tersebut dibahagi kepada empat corak soalan iaitu isi tempat kosong, beri jawapan ya/tidak, padanan jawapan dan pilihan jawapan.
Antara soalan itu adalah:- Apakah maksud perkataan Islam, MUSLIM, Quran?-Apakah enam perkara Iman Muslim, lima waktu solat dalam Islam, malaikat manakah yang dipercayai menurunkan wahyu kepada Nabi Muhammad-Tahun apakah Nabi Muhammad dilahirkan-How many surah is there in the Al-Quran, Berapa kali nama Isa disebut di dalam Al-Quran-Orang Islam bersalam menggunakan tangan?
Sambil mempertahankan tindakan JAIS yang memeriksa gereja terbabit Dzulkhaini berkata turut menjadi tanda tanya apabila kertas soalan seperti itu turut diagihkan dalam majlis makan malam yang dikatakan untuk membantu golongan tidak bernasib baik dan memerlukan.
"Apabila JAIS masuk ke dalam. Kertas soal jawab ini dah berkecai-kecai dan dimasukkan ke tong sampah. Kalau niat baik kenapa nak masuk tong sampah? Dengan itu apabila masuk tong, JAIS sita untuk dijadikan maklumat di mahkamah,” kata beliau.
Untuk artikel penuh baca di AgendaDaily - KLIK SINI!
tapi puak sesat mana yang kutuk 'serbuan' JAIS ke gereja bagi menyelamatkan akidah umat islam??? BACA SINI (KLIK!!)
.
Comments
Penganut agama lain perlu faham dan sedar bahawa agama rasmi Persekutuan Malaysia adalah Islam, malahan dalam Perlembagaan sendiri melarang pendakwahan agama selain Islam kepada umat Islam. Jadi jangan keterlaluan mencabar Perlembagaan Malaysia, ini kerana anda sudah diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama anda, malahan boleh buat rumah ibadat sendiri, boleh sambut perayaan sendiri, nak beribadat tak siapa yang kacau, lihat di negara lain, di Switzerland misalnya, menara masjid tak dibenarkan dibina, kononnya menyerupai peluru berpandu. Itu adalah tindakan bodoh dan bengong yang pernah saya lihat kerana takkan menara masjid boleh terbang dan meletupkan orang bukan Islam pula. Malahan di Greece, penduduk di Utara Greece telah meminta kebenaran membina masjid kerana mereka tiada masjid di sana sedangkan jumlah mereka lebih dari 100,000 orang, pun tak dibenarkan juga, bukannya minta orang bukan Islam bayar kos pembinaan pun, itu pun dipermainkan juga.
Perlu diingatkan Islam tidak suka keganasan dan kekerasan, malahan Islam boleh terima semua orang dan menghormati bukan sahaja manusia yang bukan Islam, tapi tumbuhan, haiwan dalam Islam perlu dihormati. Malahan orang yang memukul kucing dan menyiksa tumbuhan sewenang-wenangnya adalah zalim dan berdosa. Jadi jangan keruhkan hubungan baik yang sedia ada melalui agenda yang tersembunyi di Gereja Methodist itu.
"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"