KISAH PRAMUGARI TERLAMPAU???

Tiada kaitan dengan pramugari2 di bawah ini... Tapi untuk pencerahan berkaitan isu share-swap MAS-Air Asia - siapa yang sebenarnya yang UNTUNG??!

Sebenarnya isu Share Swap antara MAS dan Air Asia telah dirungkai secara ringkas oleh team MyMassa dalam artikel "Apa Cerita Dengan Deal MAS-Air Asia" semalam. Walaupun penerangan adalah secara umum, namun ianya dikupas terus daripada fakta yang diberikan sendiri oleh mereka yang terlibat (MAS, Khazanah etc) secara langsung dalam proses tersebut. Tetapi macam biasa, fakta boring berhubung urusniaga tersebut diperlekehkan pula oleh juak cybertrooper fuckatan sebagai penerangan dangkal, blogger SPM dll.

Lantas, kami di MyMassa pun terus berhubung dengan pihak yang terlibat untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas, terutamanya niat sebenar di sebalik urusniaga share swap tersebut. Yelah, ramai juga yang tertanya-tanya, mengapa 10% saham AirAsia ditukarkan dengan 20% saham MAS?!! Apakah ini nilai sebenar saham GLC kebanggaan rakyat Malaysia berbanding saham sebuah syarikat penerbangan tambang murah (yang kualiti perkhidmatannya pun boleh dipertikaikan)?!!

Atau apakah MAS begitu TENAT kini sehingga terpaksa menggadaikan sedikit aset pegangannya bagi mandapatkan bantuan Tan Sri Tony?!! Betulkah MAS kini sedang "ditelan" secara beransur-ansur oleh AirAsia?!!

Bak kata orang, kalau tak faham bertanya...jadi kami pun bertanyalah kepada empunya badan tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku di antara MAS dan AirAsia, dan yang lebih penting adakah rakyat akan menerima kesan buruk daripadanya. Kami bukan seperti juak-juak fuckatan yang menyandarkan segala kenyataan mereka kepada tohmahan dan fitnah pemimpin sendiri. Kesimpulan urusniaga share swap MAS-AirAsia di atas adalah tulen dan ORI daripada mereka yang terlibat! Jadi, kepada juak fuckatan yang kelulusan lebih tinggi daripada SPM itu, kalau pandai sangat dalam matapelajaran ekonomi dan perdangangan, CUBA TAFSIRKAN sendiri, boleh?!!

Berdasarkan pengamatan kami yang rendah ilmu ini pun, jelas sekali dapat diperhatikan (gambarajah di atas), yang share swap itu sebenarnya berlaku dengan kadar yang sama banyak, iaitu kira-kira 20.5% pegangan TuneAir ke atas MAS dan 20% pegangan Khazanah (bos besar MAS) ke atas AirAsia dan AirAsiaX. Jadi di sini tidak timbul isu siapa makan siapa, kerana masing-masing mendapat jumlah pegangan yang sama banyak di antara satu sama lain. Namun, satu persoalan lagi timbul: Mengapakah urusniaga seumpama ini perlu dilakukan oleh MAS?!! Adakah MAS telah terjebak dalam satu-satu masalah tertentu sehingga memerlukan pertolongan Tony Fernandes dan mengakibatkan pegangannya berkurangan sebanyak 20%?!!

Dan inilah jawapan sebenar kepada isu di atas:

1) Sebenarnya tindakan MAS melepaskan 20% pegangan kepada AirAsia adalah bertujuan bagi mendapatkan hak pegangan yang sama dalam AirAsia. Mengapa?!! Kerana RAKYAT DIDAHULUKAN!!! Jika Kerajaan tidak mempunyai hak bersuara dalam membuat keputusan dan pengurusan AirAsia, maka syarikat tersebut boleh bertindak sesuka hati (delay tidak tentu pasal, kadar tambang tidak munasabah, kualiti perkhidmatan buruk dll) kepada rakyat. Dan dengan jenamanya sebagai syarikat penerbangan tambang murah, sudah tentu yang banyak terkesan kelak adalah kalangan rakyat biasa, bukan?!! Dan yang lebih manisnya, kini Kementerian Pengangkutan juga mempunyai hak undang-undang terhadap AirAsia. Bukankah ini lebih baik buat rakyat?!! Ada check and balance.

2) Siapa kata AirAsia menelan MAS jikalau 65% pegangan saham masih lagi bersama MAS (Kerajaan)?!! Dan bukan setakat itu, Kerajaan juga kini memiliki 20% pegangan dalam AirAsia!!! Lain-lain kelebihan, boleh baca sendiri di atas.

Sekarang MyMassa nak tanya semula kepada para pembaca sekelian, terutamanya juak-juak fuckatan:

* Adakah wujud, waima seorang, pemimpin fuckatan yang mampu merangka strategi sebegini demi kepentingan rakyat?!!

* Adakah Mahfuz Omar yang pernah bekerja sebagai pengangkut beg di MAS boleh memujuk Tony Fernandes untuk melepaskan 20% saham AirAsia kepada rakyat Malaysia demi untuk memastikan nasib rakyat dipelihara?!!

* Adakah Mat Sabu berkemampuan untuk berfikir strategi perniagaan yang kompleks seumpama ini tanpa merosakkan saraf akal beliau?!!

* Dan yang lebih penting, Adakah Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Selangor pernah berbuat sesuatu/atau setidak-tidaknya merancang tindakan bijak seperti ini demi untuk memakmurkan taraf ekonomi rakyat Selangor sendiri (tanpa memikirkan lubang-lubang lain yang boleh 'ditusuk')?!!


.

Comments

Anonymous said…
ayat2 dan istilah2 besar hanya memeningkan dan mengkaburkan

kena tipu aje ko orang
Anonymous said…
hehehehe..... frust ler tuu!
Anonymous said…
Airasia terjejas apabila Mas perkenalkan Fireflyz yg asalnya nak buka laluan ke India & China tahun ini/hadapan

Airasia berkeras nak amik Subang tetapi dikhaskan kepada flight kecil, untuk businessman yg nk dekat yg xkisah bayar mahal utk fireflyz

Akhirnya, mas akan kekal dgn firelfyz di subang dan fireflyz di klia (kuching/kk) ditamatkan operasi. Dan apa terjadi kepada peramugara lelaki fireflyz (tak mungkin akan diserapkan kepada airasia/mas). Fokker di subang tidak ada hikmat peramugara.
Anonymous said…
anon yg atas skali tu..dia tak paham lepas tu kata orang kene tipu...

tak boleh faham bahasa..nk kata org kene tipu

dia tak perasan yg dia kene tipu sejak dari dalam perut sampai skrg dgn juak2 fuckatan tu..
Anonymous said…
hehehe,macam2..

"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"
Anonymous said…
kalau servis tak bagus sapa pon tak kan nak gune servis tu.. senang jer.. tak de kene mengene air asia ble buat sukati diorg pon.. semue bergantung pada demand penggune!

strategi kebende macam nih? atleast ssekarang die dah buleh bersuara kat dalam "AGM MAS"! gaye macam khazanah nak monopoli syarikat penerbangan pulak.. dah le mas pon asik report rugi jer memanjang nampak macam ade udang sebalik batu jer transaksi nih..