SAMAN!! WARIS PEJUANG2 BUKIT KEPONG WAJIB SAMAN MAT SABU!!

Tujuan penubuhan PKM adalah untuk menghalau British keluar dari Tanah Melayu dan menubuhkan sebuah Republik Komunis. Semasa pemerintahan Jepun PKM menubuhkan MPAJA untuk menentang Jepun. MPAJA mendapat sokongan daripada kaum Cina di Tanah Melayu.

Seperti perjuangan 'dakwah' Mat Sabu (& pemimpin2 PAS lain) di atas landasan yang songsang (parti politik) begitu juga perjuangan kemerdekaan Mat Indera yang menggalas senjata di atas platfom yang salah. Menghalau British untuk menegakkan sebuah Republik Komunis tidak dapat diterima akal oleh majoriti penduduk Malaysia ketika itu (sehingga sekarang!)

PKM melalui pertubuhan MPAJA (Malayan People's Anti-Japanese Army) sendiri pernah berkerjasama dengan British untuk latihan perang gerilla semasa menentang tentera Jepun. Apapun misi PKM (yang kebanyakannya terdiri dari kaum Cina) ketika itu adalah untuk membalas dendam terhadap 'penyembelihan beramai-ramai' rakyat di Nanjing, China oleh tentera Jepun semasa era penjajahan Jepun di Perang Dunia keII.

Selepas Jepun menyerah kalah, PKM terus memburu dan membunuh bekas-bekas Joodikam (tentera polis Jepun yang kebanyakannya terdiri dari kaum Melayu) dengan kejam sehingga membangkitkan amarah kaum Melayu lain seperti penentangan terhadap komunis yang diketuai oleh Panglima Haji Salleh 'Selempang Merah'.

Bukan masalah besar bila orang Melayu ketika itu menjadi Joodikam atau polis British untuk menjaga keamanan dan meneruskan survival hidup mereka di zaman kegawatan... Mereka bukan membantu Jepun/British memburu dan membunuh sesama bangsa atau membantu Jepun/British meluaskan jajahan takluk. Mungkin situasi lebih teruk akan berlaku di Malaya ketika itu jika tiada anggota-anggota polis Melayu yang bertugas menghadang kemasukan lebih ramai tentera penjajah untuk mengawai situasi penduduk tempatan.

Haruskah kita biarkan lebih ramai pejuang2 seperti Datuk Maharajalela, Tok Janggut, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan yang lain2nya terkorban dan harapan kemerdekaan entah bila akan kunjung jelma? Mujurlah ada sosok seperti Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman yang cuba menyelesaikan secara toleransi, mengelak lebih banyak bertumpahan darah menerusi rundingan dengan kerajaan British bagi membebaskan Malaya menjadi sebuah negara yang merdeka!

Apa teruknya kita menjadi salah sebuah negara Commonwealth selepas merdeka atas ehsan kerajaan British? Perlukah kita membayar cukai atau masih dikongkong telunjuk British selepas kemerdekaan? Yang pasti Malaysia dapat menjalin kerjasama erat secara diplomatik dengan negara2 Commowealth lain hingga sekarang. Ketakutan terbesar Indonesia jika mengisytiharkan perang terhadap Malaysia adalah kerana mereka tahu kita akan dibantu oleh tentera2 British, Australia dan negara2 Commonwealth lain.

Ironiknya, Mat Sabu dan pemimpin2 PAS lain tidak sedar mereka sebenarnya berada dalam situasi sama seperti 'polis-polis Melayu' di zaman Jepun/British... Bezanya mereka 'bekerja' kerana fikiran mereka kini dijajah oleh DAP yang tak pernah kering dengan ideologi komunisme. PAS menjadi wakil Melayu atas konsep pecah & perintah DAP untuk menyambung misi & semangat komunisme Chin Peng menguasai Malaysia. Cuma pendekatannya berbeza bila Lim Kit Siang & Lim Guan Eng tidak perlu memakai topi 'bintang tiga' dan mengarahkan mereka menyerang secara gerilla.

Anggota2 polis & anak-isteri mereka yang terkorban di balai Bukit Kepong pada 1950 bukan menggalas harapan British untuk terus berkuasa di Malaya... Mengarutlah jika ada yang mengatakan mereka tidak mahu merasai nikmat merdeka seperti rakyat Malaya lain. Tetapi mengapa balai terpencil yang dihuni oleh orang2 Melayu yang mereka serang, tidak di pengkalan tentera British di Singapura?

Mat Sabu cuba menyongsangkan sejarah dengan menjulang komunis sebagai pejuang kemerdekaan Malaysia. Jika perkara seperti itu berlaku Malaysia yang kita diami sekarang bukan seperti Malaysia hari ini. Laporan polis terhadap Mat Sabu tidak akan membawa apa2 impak, disarankan supaya waris2 pejuang Bukit Kepong yang terkorban di hujung senjata komunis pada tahun 1950 menyaman Mat Sabu kerana putar-belitnya menghuraikan tentang tragedi Bukit Kepong!

Waris kepada pejuang2 kemerdekaan seperti Datuk Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan lain-lain juga patut mewakili Kerajaan Malaysia menyaman Mat Sabu kerana memperlekehkan peranan dan cuba menafikan perjuangan mereka menuntut kemerdekaan dari British! Mungkin Datuk Seri Hishammuddin patut memulakan saman terhadap Mat Sabu yang mempertikaikan peranan nendanya, Datuk Onn yang berlelah usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang merdeka...

SAMAN!! Itu saja cara terbaik untuk mengajar manusia seperti Mat Sabu yang tidak tahu bersyukur dan cuba memutar-belitkan fakta demi kepentingan politik dan serakah kuasa!

Dunia melihat & rakyat mula meneracai... Luahan kata Mat Sabu selaku Timbalan Presiden PAS jelas menjadi justifikasi pendirian PAS sekarang, apatah lagi dengan sokongan Haji Hadi terhadap kenyataan timbalannya. Mengekor rantai DAP yang menjerut tengkuk, hijau 'warna syurga' PAS sudah mula tersimbah merah 'komunisme'... semerah darah pejuang2 yang menjadi korban kekejaman komunis di Bukit Kepong!


.

Comments

Anonymous said…
DLm kte sibuk berpolitik, jgn sesekali lupa agama kte..berpegang pada agama adalah lebih terbaik..
"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"