AIR KELANTAN AKAN TERUS BERKARAT JIKA TERUS DITERAJU PEMIMPIN OTAK BERKARAT!!

Air berkarat dan pemerintahan PAS Kelantan sudah menjadi satu diksi sinonim sejak 21 tahun lalu... dan akan terus berlangsung begitu selama 27 tahun lagi (seperti yang mereka janjikan) jika masih dibawah urus-tadbir sekarang.

Permasalahan ini mungkin tidak dirasakan oleh anak2 Kelantan di perantauan, yang cuma menjenguk berhari raya setahun sekali dan balik memangkah 'undi syurga' 4/5 tahun sekali. Peritnya cuma dirasakan oleh ibu-bapa yang masih meneruskan kelangsungan hidup di situ, dan orang luar yang terpaksa berkhidmat di negeri Serambi Tokong itu.
“dah nk masuk tahun ke 3 saya tinggal d negeri ini dan saya dh rasa sgt bosan kerana bekalan air sentiasa putus..kalau tak putus, air keluar meleleh je mengganggu seluruh kehidupan,nk mandi,mandi wajib,nk bersih air besar,air kecil apa lagi nk berwuduk. pastu nk cuci pakaian; pakaian sekolah yg dh pasti penting, nk memasak,mencuci bahan2 masak, mencuci pinggan mangkuk. saya sesangat rasa tertekan kerana saya tak pernah melalui masalah ini sebelum ini. really a big blow to me dan sesungguh saya tidak menjangka langsung apabila berpindah ke negeri ini..

suami saya org kelantan.30 tahun kami tinggal d negeri lain, dah terlalu biasa kemudahan PBT dan infrastruktur yg sangat baik. dah rezeki suami tanpa disangka dapat pulang mengajar d Kelantan, balik kampung suami saya tak kisah walaupun pada mulanya saya dan anak2 ‘reluctant’ nk tinggalkan negeri asal dan rumah kami. suami memujuk kata peluang datang sekali. plan suami pencen balik kelantan for good tapi kita merancang Allah menentukan segalanya…

memang saya culture shock menghadapi hidupan harian. awalnya masalah sampah kutipan tak berjadual, nk dispose barang lain2 pun susah. memang bumi dan langit pengurusan council negeri asal kami dengan kelantan. sungguh saya tak biasa, laman, kompaun, longkang tiada siapa mengurus.. kerap bergaduh dengan suami kerana saya tak tahan dengan cara hidup dan tahap kebersihan, suami kata adapt je, takde pilihan lain...

baca kiriman email penuh di blog KICKDEFELLA
...

Comments