Bob Lokman membuat road-tour di Pulau Pinang dan rancak menghukum rakyat Johor sebagai MURTAD...
Selepas itu Bob Lokman berceramah di Dewan JKKK, Kg Baru,Sg Ara Bayan Lepas. Dihadapan hadirin beliau mengulangi serangan terhadap rakyat Johor bahawa mereka jatuh murtad. Menariknya kalangan khawarij PAS percaya dengan dakwaan Bob sambil bertakbir.
Hujahnya "Kerja di Jurong Singapura,duduk Ulu Tiram, Jam 5 pagi dah keluar dari rumah, 7 pagi dah sampai tempat kerja.Berapa lama 10 tahun dah mereka tak sembahyang subuh?"
Ujarnya lagi "10 tahun tak sembahyang subuh shiekh!! , pergi kerja 5 hari seminggu kemudian cuti hari Sabtu dan Ahad barulah dia(rakyat Johor) qado sembahyang, dia qado tidor hingga bangun paling awal tu pun sampai 10 pagi!!"
Katanya lagi "dalam tauhid termasuk dalam bab riddah perbuatan murtad adalah perbuatan dia(rakyat Johor) Habis semua jatuh murtad kemudian tak payahlah nak pergi jumpa Mufti Perak Harussani nanti dia kata pulak tak apa sebab tak tau diri dah jatuh murtad"
Dengan angkuh dan dengan sifat ujub Bob Lokman mengaku didepan hadirin kononnya beliau baru mendapat hidayah!
Sebenarnya apa yang Bob Lokman maksudkan beliau baru mendapat hidayah untuk mengkafirkan umat Islam Johor!
baca artikel lengkap di blog PISAU
Comments
saya sebenarnya tak percaya dgn artikel sebegini.. selagi tiada video rakaman.. sebab selama ini di bulletin utama dan akhbar semasa sering memutar belitkan kenyataan.
kalau anda tidak percaya boleh kaji sendiri.