..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Apa cer plak pasal Bob Lokman neh??
Bob Lokman Dikenakan Waran Tangkap

Ekoran kegagalan Bob Lokman untuk memberikan keterangan berkenaan ceramah tanpa tauliah di pejabat pihak berkuasa agama tempoh hari, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertindak mengeluarkan perintah waran tangkap terhadap pelakon tersebut.

Difahamkan pihak JAIS dalam usaha untuk mengesan lokasi pelakon tersebut untuk menahannya. Sebelum ini, Bob Lokman pernah ditahan di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada 10 Oktober mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003. Bagaimanapun, dia dilepaskan atas jaminan polis.

Jika disabit kesalahan, Bob Lokman akan didakwa dibawah Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor jika gagal memberikan keterangan dengan sengaja dan berhadapan dengan hukuman berupa denda tidak melebihi RM3000 atau penjara tidak lebih dua tahun. -BH

di bawah ni petikan kata2 bob lokman masa kena tahan JAIS bulan lepas...
"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tengok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan!

Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa!!"
huahahaa... kata sanggup 'mati untuk pertahankan islam' orang suruh datang bagi keterangan pun dah menyorok entah kat gunung mana!

3 das tembakan!:

TENGGARA is SOUTHEAST said... November 3, 2011 at 10:28 PM

Ha...ha..ha...
Bob Lokman tak jantan, sembunyi!

Anonymous said... November 3, 2011 at 11:02 PM

Menyorok macam Ayah Pin...

LuQuE said... November 17, 2011 at 1:59 PM

yg ko sebok hal dye apesal??

 
Top