CONGRATS MALAYSIA! #HarimauMuda @AnwarIbrahim KECEWA INDONESIA TUMPAS!


Malaysia kembali membuat rakyat Indonesia patah hati. Pasukan Harimau Muda - Malaysia U23 berjaya menumpaskan Indonesia 4 (1) – 5 (1) melalui sepakan penalti di final bolasepak SEA Games XXVI, di Stadium Utama Gelora Bung Karno (SGBK) malam tadi.

Mimpi 100,000 penyokong Indonesia di SGBK dan ratusan juta yang lainnya menyaksikan melalui televisyen untuk melihat Indonesia merebut emas pertamanya dari padang bolasepak Sukan SEA dalam tempoh 20 tahun terkandas lagi.


Seluruh rakyat Malaysia bergembira menyambut kemenangan ini... termasuk Perdana Menteri DS Najib Razak. DS Najib meluahkan kegembiraan & mengucap tahniah kepada pasukan negara lewat twitter.

Tapi bagaimana dengan Anwar Ibrahim? Twitternya senyap sejak 4 jam lalu... 1 jam lepas dia menyedapkan hati sendiri, mengucap tahniah dengan mengatakan dia cuma sempat melihat babak akhir permainan. SUNGGUH TIDAK PATRIOTIK, sibuk berpolitik saat seluruh rakyat Malaysia menunggu di depan TV melaungkan sokongan! DS Najib dari petang telah mengingatkan seluruh rakyat supaya menyaksikan & memberikan sokongan padu kepada pasukan nasional - Harimau Muda!

'Congrats Malaysia' trending di lawan Twitter Indonesia, nyata mereka dapat menerima kekalahan dengan rasional kali ini kerana timnas Indonesia juga telah bermain dengan baik. #HarimauMuda pula trending di laman Twitter Malaysia... Syabas & tahniah #HarimauMuda!!

Comments

Kutukandewata said…
Salam tuan,
mohon link kan blog saya,

http://kutukandewata.blogspot.com

Terima kasih.
Sudir said…
Hilang tweet selama 4 jam lagi ker.. hehe