..

UNDER CONSTRUCTIONS...


PPSMI: Menteri Pelajaran Buat Pengumuman Penting

PUTRAJAYA: Ini adalah berita yang baru diterima - Timbalan Perdana Menteri mengumumkan bahawa pelajar yang sedang mempelajari matapelajaran matematik dan sains di bawah sistem PPSMI akan dibenarkan untuk terus menggunakan bahasa Inggeris sehingga mereka selesai pengajian di tingkatan 5.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan demikian ketika mengumumkan langkah-langkah pendekatan yang akan diambil dalam transisi dari PPSMI kepada bahasa kebangsaan semula, di sini, pada Jumaat.

Berikut adalah butiran penting pengumuman beliau:
  • Semua murid dari tahun 2 sehingga tingkatan 5 tahun ini yang kini sedang mengikuti sistem PPSMI akan dibenar meneruskan pengajian mereka mengikut sistem tersebut sehingga mereka tamat belajar.
  • Mulai tahun depan semua pelajar sekolah kebangsaan dari tahun 3 hingga tahun 6 akan dibenar untuk meneruskan pengajian mereka dalam matapelajaran matematik dan sains sama ada dalam bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia atau kedua-duanya sekali.
  • Mana-mana pelajar yang sedang mengikuti kedua-dua matapelajaran tersebut dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris, akan dibenarkan meneruskan pengajian mereka dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya.
  • Pembelajaran dan Pengajaran matapelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Malaysia sepenuhnya akan bermula dari tahun 2016 untuk sekolah rendah.
  • Untuk sekolah menengah pula, kedua-dua subjek berkenaan akan diajar sepenuhnya dalam Bahasa Malaysia mulai tahun 2021. - mStar.com.my

.

1 das tembakan!:

Mat indera@pejuang said... November 5, 2011 at 12:33 AM

Memang dah jadi dasar pemimpin2 umno cakap semalam lain cakap hari ini lain.
Kalau 20tahun lagi baru nak guna bahasa kebangsaan jangan mengakulah sebagai pejuang bangsa.

Kepada ibubapa dan pejuang penghapusan PPSMI apalah diharap dengan kepimpinan umno yang telah menipu anda.
Ayuh gunakan sebaik2 undi pada PRU13 untuk menguburkan umno/bn dalam persada politik malaysia.

hemmmmm..betul2 meloyakan..he he eh

 
Top