..

UNDER CONSTRUCTIONS...

“Yakinlah rakyat sudah mula hilang kesabaran. Negara sedang berdepan dengan krisis kepercayaan proses demokrasi pilihanraya paling teruk sekarang ini. Jika pilihan raya umum masih berlaku sebelum proses penambahbaikan pilihan raya yang meyakinkan kami berjanji akan menggerakkan mobilisasi rakyat terbesar!” -CheguBard (Malaysiakini)
Itu amaran Chegubard bila merasakan tarikh PRU13 sudah semakin hampir menggamit, sedangkan parti gabungan mereka masih belum cukup bersedia untuk melawan...

Momentum pasca Bersih 2.0 sudah kelayuan dan personel2 di dalam PR sudah semakin gusar jika PRU diadakan dalam masa terdekat. Mereka tidak punya isu untuk jadikan 'peluru' menyerang BN, selain isu2 lapuk yang taboo, membuat rakyat semakin jengkel & meluat. Jalan mudah adalah dengan mengambinghitamkan lagi SPR... sekurang-kurangnya mereka masih punya alasan bila kalah, bila tak punya apa2 solusi lagi untuk menang!

Mereka sering buat2 terlupa ketelusan SPRlah yang membawa kepada kejayaan PR menakluk 5 negeri selepas PRU12 tiga tahun sudah. Ketelusan SPR juga membawa Kelantan terceruk dari arus pembangunan semenjak 1990 di bawah urus-tadbir PAS.

Mobilisasi rakyat seperti dinyatakan Chegubard hanya kata bombastik bagi mengantikan perarakan ala-Bersih... untuk 'transfer' kelemahan diri kepada kesilapan orang lain. Satu teknik propaganda untuk mengheret golongan rakyat tak tidak mampu berfikir secara rasional semata-mata.

Mereka tak daya untuk berlawan secara demokrasi dan tetap mengharap keajaiban rakyat masih boleh diperbodohkan untuk mencetuskan revolusi seperti di Timur Tengah.

Baca juga tentang CheguBard DI SINI (klik)

.

1 das tembakan!:

Anonymous said... November 9, 2011 at 11:41 AM

klu dh yakin sokongan rakyat kt diorg padu, nak takut ape..

 
Top