VIDEO SEKS: BARU MULA SIASAT, SEMUA DAH MELOMPAT??


Ingat lagi kes video seks yang didedah oleh trio Datuk T tidak lama dahulu?  Khabarnya polis akan mulakan siasatan ke atas isu skandal berkenaan yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dirakam di sebuah apartmen di Kuala Lumpur.

Rakyat di seluruh negara hingga kini terus tertanya dan ingin tahu apa cerita sebenar kes video  seks yang telah disahkan oleh ujian pakar luar negara 99.9 peratus tulen.

Anwar telah membuat laporan polis menafikan beliau adalah orangnya dalam video berkenaan. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pernah memberitahu kes berkenaan akan disiasat selepas perbicaraan kes liwat Anwar selesai.

Kini menjelang hujahan terakhir pihak pembelaaan ke atas kes liwat itu pada 8 dan 9 Disember ini, peguam Anwar mengesahkan polis telah memanggil Anwar untuk disiasat mengenai isu video seks itu. Ia dipercayai melibatkan dakwaan beliau membuat laporan polis palsu tentang video seks berkenaan.

R Sivarasa yang juga Naib Presiden PKR  dipetik berkata polis telah meminta Anwar memberi keterangan minggu ini, namum mereka meminta ia diadakan Rabu depan di Balai Polis Kepong. Dan seperti diduga belum apa-apa lagi PKR sudah melompat seolah bos mereka tidak boleh disentuh langsung dalam isu dakwaan berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, N. Surendran yang juga peguam Anwar sudah mendakwa ia bermotif politik untuk serang Anwar. Malah beliau main sedap mulut dakwa Ketua Polis Negara dan Peguam Negara ada apa-apa dengan BN  untuk menjatuhkan Anwar. Anehnya di sebalik ini semua satu dunia sudah melihat video berkenaan di mana lelaki itu seiras habis dengan Anwar.

Juga menguatkan dakwaan itu ialah pendedahan  video CCTV lelaki seiras Anwar sedang naik dan turun lif bersama Datuk Sharzly Eskay di apartmen berkenaan. Waktu pada CCTV itu adalah selaras dengan waktu rakaman video seks itu.

Satu lagi persoalan yang belum terjawab ialah tentang jam Omega Anwar yang dikatakan tertinggal di lokasi rakaman aksi seks. Dalam pada itu ada aksi seks yang dirakam di Bangkok dan belum didedahkan sepenuhnya lagi. Jawapan yang pasti tentu akan diperolehi menerusi siasatan rapi pihak polis tentang isu yang belum beres ini.

Sebelum ini banyak pihak menyifatkan sebagai karut dan tidak masuk akal kenyataan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang kononnya video adalah besi dan tidak boleh dijadikan bukti. Bagi kebanyakan orang sekalipun bermati-matian nak mempertahankan Anwar kerana politik...janganlah nak memperbodohkan orangramai sampai peringkat itu.- 11/11/2011 [AgendaDaily]

Comments