KHAWARIJISME DALAM SEBUAH NEGERI BERKEBAJIKAN!




Hidup segan mati tak mahu, itulah yang dapat digambarkan pada sebuah pasar yang terletak di Bandar Baru Kubang Kerian disini.

Kegagalan pihak berkuasa tempatan mengurus tadbir kawasan ini menjadi faktor utama keberlakuannya.
Penyelenggaraan yang disifatkan sebagai melepaskan batuk ditangga menimbulkan rasa tidak senang masyarakat untuk mengunjungi pasar tersebut.

Disamping itu tandas yang sepatutnya menjadi kemudahan awam sudah tidak boleh digunakan lagi. Malah infrasturuktur seperti longkang juga tidak berfungsi kerana dipenuhi dengan sampah sarap, pengaliran air yang tersekat menyebabkan keadaan didalam longkang sangat jijik dan memualkan.

Meragui tahap kesihatan dalam penyediaan makanan mula diperkatakan oleh salah seorang pengunjung pasar Amran Abdul Hamid 37, menurut beliau, pada sebelah malam terdapat beberapa peniaga menjalankan aktiviti perniagaan masakan panas dan kuih muih berhampiran longkang tersebut. Ini memungkinkan tahap kebersihan untuk berada dalam keadaan yang sepatutnya.

Salah satu punca masalah tersebut, ekoran dari kegagalan kerajaan menyediakan bekalan air yang secukupnya membuatkan semua aktiviti harian terbantut , termasuklah tandas yang tidak dapat digunakan dengan cara yang betul dan sempurna akibat dari ketiadaan bekalan air.


Bagi Mariana Ismail 23, seorang penuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang berhampiran mendakwa, kawasan pasar ini seolah-olah kawasan mati atau kawasan lama yang ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

“Tengoklah sendiri , rumput panjang, bangunan pula usang, jalan becak dan berlubang, lebih jijik lagi tandaslah, kita sangka ianya ok dan boleh digunakan seperti tandas-tandas awam yang lain, tapi bila saja masuk memang mengejutkan, tak sangka ia seteruk ini..”

Ujarnya lagi, semua pihak mesti bertanggungjawab dan tidak sepatutnya membiarkan keadaan ini berlarutan, kerana Kubang Kerian adalah satu tempat bersejarah yang terkenal, dimana terletaknya Istana Mahkota , Istana Negeri dan juga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Selain itu ia sering dikunjungi oleh masyarakat luar yang sekaligus akan menjejaskan imej Bandar Baru Kubang Kerian selaku sebuah Bandar yang sedang rancak membangun.

dipetik dari DETIK PERUBAHAN

Comments