..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Hari ini PAS meyahut cabaran Datuk Hasan Ali yang rela dipecat berikutan beberapa krisis dalamnnya bersama parti tersebut dan paling meruncing berkaitan isu murtad di gereja DUMC. Spekulasi yang bermain di blog2 pro-pembangkang sekarang berkaitan Datuk Hasan Ali mengumumkan penyertaannya di dalam UMNO. Polemik bertahap total bila mereka gagal mengemukakan sebarang bukti tentang hal tersebut.

Tapi secara positif apa salahnya Datuk Hasan Ali menyertai UMNO... biarlah spekulasi yang mereka mainkan menjadi satu doa untuk membuka pintu hatinya menyertai UMNO. Kerana sejarah membuktikan tiada ahli politik yang benar2 memperjuangkan Islam & akidah ummat dapat bertapak selesa di dalam sebuah parti yang bertopengkan Islam demi serakah kuasa seperti PAS!

PAS Pecat Hasan Ali


PETALING JAYA: PAS pada Ahad memutuskan untuk memecat Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Ali sebagai anggota parti itu berkuat kuasa serta-merta.


Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat jawatankuasa pusat parti itu lebih tiga jam di Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam kenyataan pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pemecatan itu dibuat berdasarkan Fasal 82(9) perlembagaan PAS.


"Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada tindakan-tindakan Datuk Hasan Ali yang menyalahi dan merugikan kepentingan parti sebagaimana yang diperuntukkan dalam perlembagaan PAS," kata Abdul Hadi.


Hasan menerima kecaman hebat di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat kerana pendiriannya yang bercanggah dengan perjuangan parti.


Kemelut menjadi semakin meruncing apabila beliau mempersoalkan konsep negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS bersama sekutunya dalam manifesto parti menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU) akan datang.


Ekoran itu, Hasan meminta pemimpin PAS supaya kembali memperjuangkan dasar sebenar parti tersebut untuk menubuhkan sebuah negara Islam.


Bagaimanapun, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor itu telah memohon maaf kepada kepimpinan tertinggi PAS dan menarik balik kenyataannya yang menjejaskan nama parti.


Terbaru, keadaan menjadi lebih tegang, apabila beliau mempersoalkan kewajaran pemimpin PAS untuk menyertai perhimpunan 'Bebaskan Anwar 901' pada Isnin yang dipersetujui oleh Abdul Hadi dan Timbalannya, Mohamad Sabu.


Beliau turut mengkritik kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Mohamed Azmin Ali yang menegaskan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap menjadi Perdana Menteri walau apapun berlaku.


Menurutnya, hanya ada dua calon yang layak untuk memegang jawatan itu iaitu Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Hasan bagaimanapun tidak dapat dihubungi bagi mengulas lanjut perkara berkenaan.


Sementara itu, Dewan Pemuda PAS menyokong keputusan pemecatan Hasan yang dibuat secara sebulat suara oleh PAS Pusat.


Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Hasan bagaimanapun masih boleh mengemukakan rayuan kepada Majlis Syura selepas ini.


"Jika anda benar-benar ikhlas dengan perjuangan Islam, anda tidak lari meninggalkan perjuangan ini sebagaimana pernah berlaku kepada Datuk Abu Bakar Hamzah yang pernah dipecat kerana membuat kenyataan bercanggah dengan keputusan parti, tetapi beliau tidak lari meninggalkan perjuangan suci ini," kata Nasrudin dalam laman Facebooknya. -mstar

1 das tembakan!:

Anonymous said... January 8, 2012 at 11:44 PM

tak payah merayu la dr hasan dalam pas you ada musuh - khalid dia ada orangnya yang akan menghalang you dari mara, itu yang terjadi di kedah utad taib dipecat jawatanya olih ustad azizan. dengan dap you pun ada musuh you serang usahawan berjaya ronie liu, dia tentu gunakan khalid untuk jatuhkan you, dan yang paling penting you dah buat pm ke 7 marah. dalam malaysia ni mana bolih buat pm marah nanti kena jual. dan you dah pun kena jual er lelong.

 
Top