JELAJAH AMAN KAMPUS BUAT APA KAT SEMPADAN SIAM?? #AmanKampus

Selepas majlis pelancaran Aman Kampus peringkat negeri Terengganu dilancarkan di SMK Tok Jiring tengahari semalam oleh Dato' Hj Mohd Nasir, Ahli Parlimen Kuala Nerus, konvoi menyusuri keindahan pantai Setiu dan Besut menuju ke destinasi seterusnya - Kelantan Darul Naim (negeri kelahiran gua!)

Kira-kira jam 5 petang, Kembara Aman Kampus tiba di bandar yang cuma dipisahkan dari Thailand oleh Sungai Golok, bandar Rantau Panjang. Di sana mahasiswa2 disambut mesra oleh wakil penduduk!

Di Rantau Panjang, mahasiswa2 mengadakan program INFO SISWA - memberi penerangan dan mendapatkan respon dari penduduk tempatan berkaitan isu mahasiswa dan nasional. Respon yang diterima sangat membanggakan.

Program INFO SISWA diadakan di hampir kesemua bandar2 yang disinggahi dalam Kembara Aman Kampus.

Selepas sejam di Rantau Panjang, konvoi bergerak ke Pondok Moden Jeli untuk majlis makan malam bersama Ahli Parlimen Jeli & juga Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapha Mohammed. Mahasiswa2 bermalam di sana.

Pagi ini adalah HARI KE-LAPAN Kembara Aman Kampus. Mahasiswa2 dibahagikan kepada dua kumpulan; kumpulan pertama mengadakan program IKON SISWA di SMK Bukit Bunga dan satu lagi kumpulan mengadakan program Info Siswa di sekitar bandar Jeli.

Tengahari nanti Kembara Aman Kampus akan bertolak ke Perak melalui Lebuhraya Timur-Barat.
.

Comments