MAHASISWA #AMANKAMPUS BERANI DATANG LYNAS... FUZIAH SALLEH BERANI??? @fuziah99






Hari keenam Kembara Aman Kampus masih lagi di Pahang selepas beberapa aktiviti kemasyarakatan sekitar Pekan semalam (rujuk blog BraderJai / HarapanEsok) & jemputan makan malam di kediaman Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Pagi ini mahasiswa2 di bawa ke Gebeng untuk melihat sendiri loji nadir bumi Lynas yang menjadi retorik pembangkang dan mahasiswa2 pro-anarki. Selama ini ramai juga mahasiswa yang terpengaruh dengan spekulasi dan propaganda bermotif politikal tentang bahaya pembinaan loji Lynas.

Selepas sesi penerangan dan soal-jawab oleh wakil Lynas, mahasiswa2 Aman Kampus dibawa melawat sendiri loji nadir bumi tersebut. Ternyata semua retorik tentang bahaya Lynas hanyalah satu pembohongan yang tidak disokong oleh bukti2 ilmiah & saintifik.

Nantikan video dan artikel lengkap mengenai lawatan Aman Kampus ke Lynas di blog 1Peluru.

Sekarang mahasiswa2 sedang berada di Dewan Semai Bakti, Felda Panching Selatan untuk majlis penutup Aman Kampus peringkat negeri Pahang yang dirasmikan oleh YB Dato' Hj Abd Manan bin Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar.

Kira2 jam 3.00 petang nanti Kembara Aman Kampus akan bertolak ke Kuala Terengganu.
.
GO ASPIRASI!!!
.

Comments