BERAPA BANYAK RAHSIA ANWAR DALAM POKET RPK??!


Anwar takut rahsia terbongkar... 

Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak penyertaan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dalam satu forum yang membincangkan senario politik global di England hari ini, hanya menunjukkan beliau takut rahsianya didedahkan di pentas antarabangsa.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu bimbang maklumat yang dimiliki Raja Petra boleh menyebabkan forum anjuran WikiLeaks tersebut tidak akan memihak kepada beliau.

"Memang itu perangai sebenar Anwar. Beliau suka mencari publisiti murahan dan hanya berminat dengan laporan media yang menyebelahi kepentingan peribadinya sahaja.

"Kita dapat melihat sendiri tuntutan kebebasan media yang dilaungkan Anwar selama ini hanyalah retorik untuk mencari sokongan semata-mata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. -utusan

.

Comments