..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Pas cabul amalan federalisme

Seorang ahli Parlimen membidas tindakan pembangkang khususnya Pas yang jelas mencabul amalan federalisme apabila mencampuri urusan pentadbiran negeri Kedah melalui penubuhan sebuah Jawatankuasa Pemandu di peringkat Pas Pusat.

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) ketika mencelah memberi mesej yang cukup ringkas, padat dan jelas berhubung isu berkenaan dengan menyatakan; ''Federalisme dicabul, negeri berdaulat diambil kuasanya!"

Khairy bangkit membuat kenyataan tersebut selepas Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dengan sewenang-wenangnya menuduh Kerajaan Pusat tidak menghormati konsep federalisme yang selama ini menjadi teras pemerintahan negara.

Celahan itu dibuat semasa Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, di Parlimen hari ini. -UM

.

0 das tembakan!:

 
Top