SYUKRAN JAZEELAN!! PENYU TAK MENANGIS LAGI...

"Anak muda berlagu sayang
di Batu Remis melepas rindu
adik ketawa di Rantau Abang
penyu menangis siapalah tahu"

Petikan di atas adalah bait pertama daripada sajak
Penyu Menangis Siapalah Yang Tahu - JM Aziz...



Tuhan tak pernah menguji melebihi kemampuan hamba-Nya... Tapi kekadang kita tak mampu untuk menghadapinya bersendirian. Ada hal yang patut kita kongsikan sebagai salah satu galang-usaha dalam menghadapi ujiannya... usah pedulikan sindiran dan kata2 sinis, tak semua orang boleh faham masalah yg orang lain hadapi, bila kita menempuh hidup dalam latar kehidupan yang berbeza.

Gua sendiri pernah melakukan hal yg sama (masa tu UMB belum mendapat peruntukan sedangkan orang lain menuduh kami bermewah dengan rumah, kereta & segala macam bullshet lagi) bila keterdesakan sudah melangkaui batas bertahan. Walaupun belum kenal Bro APA ketika itu, dia ada memanjang permasalahan gua di blognya... TQ Bro APA!


Seperti juga kisah sahabat blogger, Din Turtle yang menjumpai jalan solusi selepas kisahnya dipaparkan di blog... Tahniah kepada rakan2 blogger lain yang turut membantu! Moga bantuan yang tidak seberapa itu menjadi penguat iltizam untuk Din bersama meneruskan perjuangan di pentas maya ini!


Gua sendiri tak tahu menahu Bro APA & boss TF bantu Din Turtle sehinggalah Din menyiarkan cerita ini di blognya. Berikut ini nukilan dari Din Turtle sendiri...

Minggu lepas ada saya menulis masalah yang menimpa saya bilamana medium yang saya gunakan sebagai penggerak blog dinturtle.blogspot.com yakni laptop saya telah rosak dan langsung tidak boleh digunakan lagi....

Bukan sengaja mahu meraih simpati tanpa bersebab, tapi berdepan dengan situasi dimana kemungkinan besar saya tidak mampu lagi meneruskan perjuangan dialam maya ini, maka saya tidak punya pilihan selain meluahkan masalah saya disini. Saya berserah pada ketentuanNya, jika Allah mahu saya teruskan perjuangan ini, nescaya akan dibukaNya pintu itu.

Saya anggap masalah itu sebagai titik penentuan segalanya berkaitan blog ini. Waktu sama dapat juga saya menilai respons pembaca terhadap kewujudan dinturtle ini hehehehe .. dan juga beri saya kesempatan menilai keikhlasan orang lain.

Tak ramai yang faham tahap keseriusan masalah ini pada saya, ada yang menyindir dan komen secara sinis konon saya nak buat duit dan sebagainya... Takpe lah, mereka mungkin tidak sedar yang tidak semua orang senasib sama, taking for granted, seolah orang lain pun sama dengan mereka.

Sebenarnya penantian saya tidak lama, tidak sampai dua jam selepas keluar artikel itu, saya menerima SMS dari seorang sahabat blogger yang ternyata amat perihatin dengan nasib yang menimpa diri saya. Saya amat terharu dengan keperihatinannya, walaupun beliau sendiri tidak cukup serba serbi, tapi beliau berusaha memanjangkan masalah saya kepada mereka yang mampu membantu.
Dan keputusan yang diberi juga begitu cepat - OK, Kita bantu dia.

Bukan nak banyak songeh, tapi macamana pun berdetik juga dihati apakah bantuan itu diberikan beserta dengan sebarang syarat, contoh kena masuk sebarang kumpulan atau terikat dengan sebarang perjanjian ..... dan jawapan yang saya terima amat melegakan - Tidak ada sebarang Syarat. Saya bebas untuk menulis apasaja, bantuan diberikan supaya saya dapat terus menulis seperti biasa. Itu saja.
Memendekkan cerita, Dinturtle akan terus membebel !

Disini saya ingin merakamkan ucapan TerimaKasih kepada blogger APA yang perihatin mahu membantu sahabat blogger dan kepada Tun Faisal @ UMB kerana ikhlas memberi sumbangan berbentuk laptop sebagai penyambung nyawa blogger jalanan seperti saya. Terutama sekali syukur saya kepada Allah yang telah mengizinkan saya untuk terus berjuang dialam maya ini .

Alhamdulillah !

dipetik dari blog DIN-TURTLE

Comments