LAPORAN POLIS SEBAB TERIMA MMS 2-3 SAAT... YANG NI TAK NAK BUAT LAPORAN POLIS??

Video ni berdurasi lebih 4 minit... takde ke mana2 ahli PAS nak buat laporan polis?? Ahaksss... :-D



PULAU PINANG 2 April – Seorang ahli Pas Bahagian Tanjong hari ini membuat laporan polis selepas dia menerima dua kiriman khidmat pesanan multimedia (MMS) yang memaparkan lelaki mirip seorang pemimpin pembangkang hanya bertuala dalam sebuah bilik.

Ramli Md. Isa berkata, beliau menerima dua kiriman MMS masing-masing berdurasi tiga dan satu saat kira-kira pukul 10 malam semalam.

"Saya terkejut kerana menerima MMS dari nombor yang tidak dikenali dan apabila saya cuba menghubunginya, panggilan itu tidak dijawab walaupun saya menghubungi lagi beberapa kali.

"Sehubungan itu, saya membuat laporan polis supaya pihak berkuasa menyiasat kesahihan MMS ini dan adakah benar lelaki dalam MMS itu adalah seorang pemimpin tertinggi pembangkang yang juga merupakan Ahli Parlimen di negeri ini," katanya selepas membuat Laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Timur Laut di sini hari ini.

Ramli berkata, salah satu MMS itu pula memaparkan pemimpin pembangkang itu dalam keadaan sedang menundukkan badannya. - UM

.

Comments