VIDEO MURTAD - PENENTU KREADIBILITI HASAN ALI !!


Ramai menunggu untuk melihat sendiri bukti ini.Tengahari ini tandatanya mengenainya bakal terjawab.

Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali akan mengadakan sidang akhbar khas untuk mendedahkan rakaman video gerakan memurtadkan orang Islam.

Ia sebagai memenuhi janji beliau untuk membuktikan kebimbangannya mengenai tindak tanduk itu satu hal yang serius dan bukan cakap kosong.

Isu murtad yang ditangani beliau semasa menjadi Exco yang jaga urusan agama di Selangor dulu menjadi punca utama keretakan hubungannya dengan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim dan pimpinan PAS.

Ia menjadi perang terbuka ekoran tindakan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) keatas sebuah gereja di Damansara Utama tidak lama dulu.

Dr Hasan tidak mempedulikan pandangan Khalid dan pimpinan PAS bila beliau menyertai Perhimpunan Sejuta Umat pertama di Shah Alam dan kemudian siri jelajahnya.

Kemudiannya setelah dipecat dari PAS, dalam ceramahnya atas pentas NGO pimpinannya JATI di serata negara beliau mendedahkan mempunyai cukup bukti tentang gerakan memurtadkan orang Islam.

Dakwanya beliau mempunyai rakaman video antara mengenai pengakuan mereka yang pernah murtad dan mengikuti majlis pembaptisan, meminum air suci, menghadiri sesi makan malam keagamaan dan kursus setiap minggu serta diberikan buku dan kitab yang berkaitan.

Beliau juga mendakwa mubaligh yang terlibat memurtadkan orang Islam terdiri daripada golongan cerdik pandai termasuk ramai yang memiliki doktor falsafah (PhD) serta sarjana dalam pelbagai bidang antaranya psikologi, antropologi dan Islam.

Pendedahan video ini dikira satu detik penting untuk membolehkan umat Islam di negara ini menilai sendiri tahap gerakan memurtadkan orang Islam ini.

Ia juga dapat menjadi penentu dalam menempelak sikap pakatan pembangkang termasuk PAS yang 'pandang dingin' terhadap perjuangan Dr Hasan selama ini.

Ada juga pemerhati politik yang menilai kandongan rakaman video yang hendak didedahkan itu juga menjadi penentu persepsi orangramai pada kredibiliti Dr Hasan sendiri.-agendadaily
.

Comments