..

UNDER CONSTRUCTIONS...

Video di bawah adalah aksi tegang semasa wakil SAMM, Chegubard datang untuk membuat laporan mengenai kekejaman polis di Bukit Aman petang tadi. Chegubard dan rakan2nya disekat oleh kumpulan SAM1M yang diketuai oleh Armand PJU. -video oleh UMBWP



NGO Hampir 'Bertempur' Di Bukit Aman

KUALA LUMPUR: Dua kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang prokerajaan dan pembangkang hampir 'bertempur' ketika secara tidak sengaja bertembung semasa menyerahkan ikrar taat setia serta memorandum kepada polis di pekarangan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, petang tadi.

Kumpulan pertama diwakili Persatuan Veteran Tentera Malaysia serta 10 wakil NGO lain tiba di Bukit Aman pada 1.10 tengah hari dan berhimpun sambil melaungkan ikrar selama kira-kira 30 minit.

Ikrar taat setia itu dilafazkan sebagai tanda menyokong penuh polis dan menyifatkan perhimpunan 28 April sebagai anasir jahat yang ingin memecah-belahkan negara serta rakyat.

Berlaku sedikit pergeseran apabila kumpulan kedua diwakili Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) serta wakil 28 NGO lain, yang menyokong perhimpunan 28 April, tiba pada kira-kira 2.45 petang untuk menyerahkan memorandum kepada polis. Ikrar taat setia dan memorandum kedua-dua kumpulan NGO itu diterima Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) Bukit Aman ACP Ramli Mohamed Yoosuf. Ramli berkata sedikit perbalahan telah berlaku ketika pertembungan itu, namun tiada sebarang insiden yang tidak diingini terjadi dan polis mampu mengawal keadaan dengan baik.

"Pertembungan mereka adalah secara kebetulan, dan tiada kejadian buruk berlaku kerana mereka menuruti arahan polis," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Sementara itu, Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Datuk Mohd Ali Baharom meminta Kementerian Dalam Negeri menahan ketua penganjur perhimpunan 28 April kerana telah melakukan provokasi sehingga menimbulkan huru-hara.

Dalam perkembangan berkaitan, SAMM dan 28 NGO menghantar memorandum untuk meminta polis yang terlibat dengan keganasan ketika menyuraikan perhimpunan itu tampil membantu siasatan. -BERNAMA

1 das tembakan!:

Anonymous said... May 8, 2012 at 1:57 AM

kecut telor pucat muka..patut koyakkan saja report buat tadah tahi..kalau tak ada polis kat situ kau telor kuning dah mampus kena terajang..dia ingat polis nak layan sangat tapi tak nak dikata berat sebelah..tapi hakikatnya kau orang datang macam najis kuning berulat..

 
Top