#HBN2012 - NANTIKAN SAMBUTAN YANG LEBIH OSEMMM DARI 2011!!


Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyediakan sebanyak 500 aktiviti selama seminggu yang bakal dilaksanakan pada 2012 sempena sambutan Hari Belia Negara (HBN) berbanding 203 aktiviti pada tahun 2011 bagi merancakkan lagi sambutan dan menarik lebih banyak penyertaan terutama dari kalangan golongan belia ke sambutan tersebut.

Beberapa aktiviti lama diganti dengan acara baharu sekali gus menjadikan platform hari belia lebih segar dengan mengembangkan acuan pengisian aktiviti. “ Kita tidak mahu acuan lama terus digunakan sebaliknya kita akan memperkenalkan sesuatu lebih menarik dan baharu,” kata Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek.

Tambah beliau, HBN 2012 akan meneruskan kerjasama dan penglibatan pelbagai pihak termasuk Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan, swasta serta badan bukan kerajaan (NGO) supaya ianya menonjolkan satu perhimpunan kepada kepelbagaian dalam masyarakat.
Beliau juga turut mengingatkan warga Kementerian agar mengambil pendekatan Strategi Lautan Biru dalam melaksanakan sesuatu perkara sehingga mampu memberi impak besar kepada masyarakat.

"Tidak hanya fokus kepada sambutan daripada masyarakat tempatan, KBS turut bercadang untuk menyediakan aktiviti HBN 2012 sebagai acara antarabangsa yang mampu menarik masyarakat luar negara untuk berkunjung ke Putrajaya," ujarnya..

Bagi mencapai hasrat tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek menyatakan Kementerian Pelancongan telahpun bersetuju untuk memasukkan HBN 2012 dalam kalendar pelancongan bagi menggalakkan pelancong luar negara merasai kemeriahan acara sambutan luar biasa golongan belia Malaysia.

Comments