#HBN2012 - WOOHOO!! KONSERT K-POP PERCUMA DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA!!


Salah satu slot menarik sempena 
HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012
yang akan disambut di Putrajaya pada 23 - 27 Mei ini
adalah konsert K-POP percuma untuk seluruh  peminat
muzik pop dari negara Asia Timur itu di Malaysia.

Kali ini kumpulan remaja 
DAL SHABET & TEEN TOP
akan beraksi di Putrajaya.
Tarikh & masanya akan diumumkan kemudian.

Biasanya persembahan artis2 K-Pop dibuat secara eksklusif
di Arena All Star, Genting Highland dengan harga tiket yang mahal.
Langkah KBS menjemput artis K-Pop 
adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia.

Apa yang pasti persembahan sebegini akan
menjadi bahan propaganda negatif oleh pembangkang.
Persetankan kerana memang begitu jalan fikir mereka...
Mereka tidak pernah mahu berfikir secara positif
bagaimana negara maju seperti Korea dapat
menyuntik motivasi kepada belia2 di Malaysia
yang meminati muzik & seni.

Korea berjaya mencipta jenama mereka sendiri
dalam bidang muzik - K-POP
yang dapat dijadikan contoh oleh belia2
negara ini bagi menjulang nama Malaysia
ke mercu antarabangsa.

Konsert artis asing akan meminggirkan artis tempatan??
Tidak... kerana ramai artis tempatan juga akan
memeriahkan sambutan Himpunan Jutaan Belia nanti.
Jangan lupa untuk datang beramai2...
Kita kasi gegar PUTRAJAYA pada 23 -27 Mei 2012!!


Comments

Anonymous said…
APELER...ORANG KOREA SENDIRI PUN TOLAK K-POP YG TERTONGGENG2.YG TONGGENG2 NI PASARAN LUAR SAHAJA~~
BENGONG!
Anonymous said…
WEI BONGOK!!! AKU X SOKONG PAKATAN TAPI AKU TAU TENGOK POMPUAN MENARI TERTONGGEK2 TAK TUTUP AURAT TU HARAM!!!
Anonymous said…
tah..bek bogel je teros..bru la aku akan bermotivasi dan berimiginasi dgn lebey tggi...yeaaahh..
Anonymous said…
dalam UMNO selamanya bodoh....blogger UMNO bodoh belaka...motivasi "haram" jadah UMNO...Melayu UMNO Bangsat!!!
Anonymous said…
silakan berfikiran positif begitu bila disoal di akhirat nanti ye!
eh, boleh ke?
Anonymous said…
Bukan takat pmbangkang je laaa, spa2x yg beragama islam pun akn bfikiran mcm tu..kcuali kalo ju bukan org islm, nothing to say la..
Anonymous said…
MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA...HARAM TETAP HARAM.. Itu hukum n undang2 ALLAH... Sedangkan undang malaysia pun kita tak boleh ubah sesuka hati.. Remaja sekarang dah tak mcm dulu, dia orang dah pandai nilai mana yang baik n buruk...
Anonymous said…
apa la puak puak pembangkang, fikir negatif je... ini adalah seni. Nanti ramai orang kita pandai k pop. Barulah maju negara kita.
Anonymous said…
assalamualaikum
sikit2 ko nk jadikan negara bukan islam sebagai role model untuk ko maju...
cuba ko tgk zaman kegemilangan islam....hiburan ada tapi bukan yang melanggar syariah.....tp blh je islam gemilan seluruh dunia....
Anonymous said…
Ya Allah..berilah hidayah dan petunjuk kepada hambamu yang sudah jauh tersesat ini. Kalaulah Nabi SAW ada ketika ini pasti baginda akan menangis melihat umatnya yang telah rosak, tertipu dengan segala macam godaan dunia..
Anonymous said…
kepala hotak penulis suntik motivasi....apa motivasi yg kita dapat??? aduhhh sedihnya aku baca tulisan ekau ni....budak sekolah rendah pandai menilai la....bertaubatlah penulis sebelum terlambat....
Anonymous said…
Inilah yg dikatakn..

Maksiat diDahulukan,
Kemungkaran diUtamakan.
Anonymous said…
dalam islam itu dah ada mcm mana nk berhibur
Anonymous said…
KALO MINAT K-POP TU APA SALAHNYER?? X SLHKAN??
Anonymous said…
TAULAH KTE TAK PATOT JADIKAN NEGARA BUKAN ISLAM SBAGAI ROLE MODEL UNTUK MAJU... TAPI MASALAHNYER.. CONTOH.. NEGARA ISLAM SEPERTI ARAB SENDIRI PON KACAU BILAU!!