Salah satu slot menarik sempena
HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012
yang akan disambut di Putrajaya pada 23 - 27 Mei ini
adalah konsert K-POP percuma untuk seluruh peminat
muzik pop dari negara Asia Timur itu di Malaysia.
Kali ini kumpulan remaja
DAL SHABET & TEEN TOP
akan beraksi di Putrajaya.
Tarikh & masanya akan diumumkan kemudian.
Biasanya persembahan artis2 K-Pop dibuat secara eksklusif
di Arena All Star, Genting Highland dengan harga tiket yang mahal.
Langkah KBS menjemput artis K-Pop
adalah satu motivasi bijak untuk para belia di Malaysia.
Apa yang pasti persembahan sebegini akan
menjadi bahan propaganda negatif oleh pembangkang.
Persetankan kerana memang begitu jalan fikir mereka...
Mereka tidak pernah mahu berfikir secara positif
bagaimana negara maju seperti Korea dapat
menyuntik motivasi kepada belia2 di Malaysia
yang meminati muzik & seni.
Korea berjaya mencipta jenama mereka sendiri
dalam bidang muzik - K-POP
yang dapat dijadikan contoh oleh belia2
negara ini bagi menjulang nama Malaysia
ke mercu antarabangsa.
Konsert artis asing akan meminggirkan artis tempatan??
Tidak... kerana ramai artis tempatan juga akan
memeriahkan sambutan Himpunan Jutaan Belia nanti.
Jangan lupa untuk datang beramai2...
Kita kasi gegar PUTRAJAYA pada 23 -27 Mei 2012!!
Comments
BENGONG!
eh, boleh ke?
sikit2 ko nk jadikan negara bukan islam sebagai role model untuk ko maju...
cuba ko tgk zaman kegemilangan islam....hiburan ada tapi bukan yang melanggar syariah.....tp blh je islam gemilan seluruh dunia....
Maksiat diDahulukan,
Kemungkaran diUtamakan.