[VIDEO] KHALID GAGAP LEBIH PENTINGKAN SPA & RUMAH URUT DARI SURAU!!

MB ni kata bajet untuk surau di Selangor terhad...

Seringkali Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui jumlah peruntukan yang disediakan kerajaan untuk surau-surau di negeri tersebut sebagai ‘terhad’.

“Kita ada beberapa peruntukan untuk pemberian kepada surau. Kita tak asingkan surau persendirian dan juga surau bukan persendirian. Pada saya semua surau adalah surau.

“Kita akan lihat (isu tersebut). Kita ingin nyatakan peruntukan itu terhad, jadi kita kena utamakan mereka yang perlu diperbaiki bukan berasaskan kepada surau kerajaan atau bukan kerajaan. Ia berasaskan kepada keperluan untuk surau itu dapat digunakan,” katanya.


Sebelum ini, di dalam ucapannya di mana-mana majlis di negeri Selangor, Abdul Khalid mewar-warkan tentang betapa stabil dan kukuhnya kewangan negeri tersebut.

Antara yang sering dihujahkannya adalah ‘kerajaan negeri ada banyak duit, jadi kita kongsi dengan rakyat’ dan ‘kita ada duit yang banyak, jadi tiada masalah untuk kita laksanakan pembangunan’.

Beliau juga pernah memberitahu kerajaan negeri mempunyai simpanan tunai RM2 bilion.

Namun begitu hari ini, jawapan yang diberikan Khalid berhubung isu peruntukan bantuan kepada surau-surau yang didirikan di tanah persendirian mencerminkan yang sebaliknya.

Antarapos.com sebelum ini melaporkan tentang permintaan penduduk Selangor yang meminta kerajaan negeri menyalurkan bantuan kepada surau-surau yang didirikan di tanah persendirian serta bangunan bertingkat yang terbiar dan tidak diselenggara dengan sempurna.

Di dalam laporan tersebut, penduduk berharap agar kerajaan Pakatan yang mengambil alih pentadbiran negeri Selangor dapat memberi perhatian sewajarnya terhadap kemudahan yang telah disediakan, walaupun dengan bantuan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Tinjauan mendapati, surau yang dibina itu kini terbiar dan tidak digunakan sejak pentadbiran bertukar tangan. Sesetengahnya didapati hampir rebah dan telah dimakan anai-anai.

Surau-surau yang disediakan di bawah apartmen dan pangsapuri pula tidak terjaga kerana tiada lagi bantuan seperti yang pernah dihulurkan oleh kerajaan BN dahulu.

Justeru penduduk meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam Selangor memberi perhatian serius terhadap pengurusan masjid serta surau di seluruh negeri ini bagi memastikan ia sentiasa berfungsi untuk kepentingan umat Islam. -AP

Comments