20 AKAUN RM3 BILLION - ANWAR SEDIA DISIASAT??

Nada 'lakonan' seperti biasa untuk mengelakkan dari persepsi bersalah oleh rakyat jelata... Percayalah macam2 spin & konar akan dia buat jika dirinya didapati bersalah... SPRM alat UMNO!!!


Anwar Ibrahim bersedia disiasat berhubung dakwaan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid ekoran pemilikan 20 akaun induk bernilai RM3 bilion.

Katanya, beliau bersedia disiasat secara terbuka walaupun pada tahun 1999 kes berkenaan telah disiasat Badan Pencegahan Rasuah (kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan membebaskannya.

"Kes ini telah disiasat dan ditutup, tetapi saya tiada masalah untuk diadakan siasatan terbuka mengenainya.

"Apa yang saya lihat ia sengaja diulang," kata beliau pada sidang media di Bangunan Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, Abdul Murad telah mengedarkan akuan berkanun itu pada Oktober 1999 yang antara lain mendedahkan pemilikan kira-kira 20 akaun induk Anwar bernilai lebih RM3 bilion.

Bagaimanapun menurut Anwar, pengulangan pendedahan ini merupakan sebahagian daripada helah kerajaan dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sebelum ini, Pengarah Siasatan BPR, Abdul Razak Idris pernah membuat akuan bersumpah bagi membuktikan bahawa siasatan telah dijalankan dan ditutup kerana tiada kes.

Anwar berkata, beliau akan mengambil tindakan undang-undang berhubung dengan penyiaran laporan tersebut.

Pendedahan itu juga menarik perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 10 Jun lalu yang meminta Anwar tampil memberikan penjelasan berhubung perkara sama.

Katanya, sekiranya pemimpin pembangkang itu merasakan dakwaan berkenaan tidak betul, beliau perlu mengambil tindakan terhadap mereka yang mendedahkan perkara itu.

Pada hari sama, beliau menyambut cabaran Muhyiddin dan bersedia menyerahkan segala dokumen pemilikan hartanya dengan syarat Timbalan Perdana Menteri terlebih dahulu mengisytiharkannya.

Sementara itu, SPRM tidak akan menjalankan siasatan sebarang kes yang telah diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya melainkan terdapat bukti dan petunjuk baru.

Bagaimanapun, Pengarah Siasatannya, Datuk Mustafar Ali berkata, pihaknya akan memberikan maklumbalas kepada Panel Penilaian Operasi berhubung cadangan dan pandangan SPRM berhubung kes ini. -SH

Comments