22 TAHUN KEGERSANGAN... BUMI KELANTAN MEREKAH!!



Setiap tahun sejak 20 tahun yang lalu, petani, peladang, pekebun dan nelayan sungai di Kelantan mula berdepan dengan masalah ketiadaan air, kehabisan bekalan air dan kekering-kontangan tanah-tanah pertanian, kebun-kebun sayur, ladang-ladang buah dan kepupusan ikan.
Masalah itu mula timbul selepas beberapa tahun Kelantan diambil alih oleh Pas pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang dianggap dan diangkat oleh kebanyakan pemimpin, ahli serta penyokongnya yang taksub sebagai manusia wali.
Dari situlah, pemimpin-pemimpin Pas yang bergelar YB bersama konco-konconya meredah hutan belantara. Meratah segala hasil masyhur seperti balak, tanah dan bukit bukau tanpa belas kasihan sehingga licin. Hasilnya telah memberi kesan teruk kepada sistem alam terutama sungai.
Air Sungai Kelantan sebelum tahun 1990 amat jernih. Jika kita berdiri di tebing sungai, kita boleh melihat ikan berenang di dasar. Malah setiap tahun pada musim kemarau seluruh rakyat berpakat turun ke sungai berpesta mencari ikan, etak, siput dan kerang.
Di tengah-tengah sungai juga ada beting pasir yang membentuk seperti pulau. Di situ, penduduk mengambil kesempatan menanam tembikai, sayur dan jagung. Aktiviti itu dihentikan sehingga tiba musim tengkujuh kerana paras air sungai meningkat dan menenggelamkan beting berkenaan.
Begitulah keseronokan dan kegembiraan kehidupan rakyat Kelantan terutama mereka yang tinggal berhampiran Sungai Kelantan pada masa itu. Sumber airnya yang pelbagai dijadikan rezeki untuk menyara keluarga.
Ikan-ikan pula bersaiz besar. Setiap kali nelayan sungai turun ke sungai, mereka berpuas hati kerana peroleh rezeki yang lumayan. Begitu juga bagi kaki pancing. Mereka boleh berbangga dengan hasil pancingannya kerana ikan yang diperolehi mencecah berat satu kilogram paling kecil.
Kini, selepas tahun 1990, air sungai bertukar warna. Dari jernih kepada teh susu yang berkedadak. Ikan bersaiz besar sudah pupus. Yang ada hanya anak-anak ikan dari spesies kecil. Etak, kerang dan siput pula jarang jumpa yang berwarna kekuningan, sebaliknya kulit telah bertukar menjadi hitam dan isi bertukar kepada lumpur yang kotor dan busuk.
Beting pasir yang timbul di tengah-tengah sungai yang dijadikan penduduk untuk bercucuk tanam suatu ketika dahulu, telah hilang disedut oleh kerakusan YB-YB yang laparkan duit. Keadaan ini menyebabkan ekologi sungai tidak stabil.
Bila tiba musim kemarau, rakyat tidak lagi berani turun ke sungai berpesta disebabkan dasarnya yang semakin dalam dan membahayakan. Manakala paras air semakin susut. Ini menyukarkan dua Rumah Pam milik Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) menyedut air dari sungai itu untuk disalirkan ke sepanjang tali air untuk kegunaan petani, peladang, pekebun dan penternak.
Bukan itu saja, kekotoran Sungai Kelantan berada pada tahap yang amat membimbangkan. Setiap hari yang mengalir bersama air ke muara dan kuala ialah sampah sarap dan sisa-sisa kayu yang dibuang oleh pembalak haram di ulu Kelantan.
Kerajaan negeri tahu hal ini. Tetapi tidak ada usaha dilakukan. Bukan kerajaan tidak mahu lakukan. Tetapi kerajaan negeri tidak mempunyai pemimpin yang berpengalaman dalam hal-hal sedemikian.
Mereka ibarat, “Besar di bawah tebu berlingkar, besar di bawah pisang goyangan”, iaitu kerajaan negeri yang dipimpin oleh golongan tidak berpengalaman.
Bukan hendak memperkecilkan kebolehan Nik Abdul Aziz dan anak-anak buahnya. Tetapi itulah hakikat yang nyata. Setiap hari, bermula daripada ketua sehingga ke anak-anak buahnya, sibuk dengan berceramah menabur fitnah kepada parti lawan (UMNO/BN) dan berpolitik dengan rakyat.
Saban bulan, saban tahun berulang alik ke China, Hong Kong, Kemboja, Thailand dan negara-negara Eropah kononnya untuk ‘bertukar-tukar pandangan’ dan ‘mencari pelabur’. Sebaliknya adalah untuk makan angin bersama keluarga. Berjoli dan menghabiskan duit rakyat yang dikebas daripada hasil masyhur hutan.
Malah Nik Abdul Aziz dan keluarga nak pergi tunai haji ke Mekah pun berebut-rebut ‘tauke minyak atar’ dan ‘saudagar unta’ yang kaya raya di Kelantan nak sponsor. Berpakat-pakat nak taja. Bagi mereka, tidak mengapa sponsor setakat RM50,000 ke RM100,000 sebab pulangan yang bakal diperolehi nanti 50 ke 100 kali ganda.
Berbalik kepada Sungai Kelantan. Setiap tahun apabila tiba musim tengkujuh, ia adalah suatu musim yang mencemaskan bagi pegawai-pegawai KADA. Ia adalah musim yang menakutkan bagi petani-petani, peladang-peladang, penternak-penternak dan pekebun-pekebun.
Pada musim itu, paras air Sungai Kelantan. Parasnya amat kritikal. Dua Rumah Pam KADA di Mekasar dan Lemal, Pasir Mas gagal berfungsi. Injin pam tidak ada masalah, tetapi paip pam itu tidak dapat menyedut air kerana kedua-dua permukaannya agak jauh berenggang.
Akibatnya tali air tidak mempunyai air. Bendang-bendang, ladang-ladang, kebun-kebun kering kontang. Ternakan kehausan dan kebuluran. Segala jenis tanaman tidak dapat mengeluarkan hasil yang subur dan segar. Hasilnya, petani, peladang, pekebun dan penternak mengalami kerugian.
Kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz sedar masalah ini. Tetapi apa yang mereka lakukan untuk menanganinya? Setakat ini dan sehingga kini, tiada sebarang tindakan diambil. Semua YB-YB Pas berdiam diri dan cuba mengelak daripada bertemu atau bertembung dengan petani, peladang, pekebun dan penternak.
Bagi mereka, KADA ada. Jabatan Pertanian ada. Jabatan Haiwan ada. Jabatan Pengairan dan Saliran ada. Biarlah agensi-agensi ini yang uruskan dan selesaikan. Kenapa perlu libatkan kerajaan negeri. Bukannya kerajaan negeri ada masa hendak melayan semua masalah itu.
Masalah kemarau bukan kerajaan negeri yang cari. Ia kerja Allah SWT. Menolak kejadian Allah akan berdosa. Justeru, kerana takut berdosa, kerajaan negeri tidak berani hendak melawan takdir. Kalau kemarau, biarlah kemarau. Bukan lama sangat pun, setakat tiga atau enam bulan sahaja. Selepas itu akan tibalah musim bunga, musim sejuk. Selesailah masalah ketiadaan bekalan air.
Sebab takut dikatakan melawan takdirlah kerajaan negeri enggan melayan pelawaan KADA meminta bersama-sama turun padang bergotong royong menambak Sungai Kelantan bagi membolehkan paras air naik dan Rumah Pam di Mekasar serta Lemal boleh menyedut air ke tali air.
Setiap tahun, kakitangan KADA bersama penduduk setempat menambak sungai dengan beg pasir. Mereka bekerja siang malam mengikut syif. Semuanya semata-mata hendak memberi kemudahan kepada petani, penternak, peladang dan pekebun.
Menambak sungai. Turun ke sungai bukan kerja kakitangan KADA. Tetapi mereka tidak ada pilihan demi menyelamatkan tanaman dan ternakan penduduk. Tidak dapat membekalkan air sepenuhnya, separuh pun sudah mencukupi daripada tidak ada air langsung.
Ada kerajaan negeri yang mendakwa memperjuangkan Islam mengucap terima kasih kepada KADA? Ada YB-YB Pas ringan tangan menaja makan minum kepada pekerja-pekerja dan penduduk yang bertungku-lumus menambak sungai?
Bukan setakat nak menaja, bayang dan kelibat batang hidung pun tidak kelihatan. Masing-masing cuba menyembunyikan diri apabila mendengar berita KADA mengajak penduduk bekerjasama menambak sungai. Masing-masing melarikan diri dengan berpura-pura sibuk.
“Selama enggang mengeram, selangkas betik berbuah”, begitulah gambaran yang hendak dinyatakan mengenai tempoh masa yang begitu lama rakyat Kelantan hidup menderita. Sudah sampai masanya penderitaan itu dihentikan dan ditukar kepada kebahagiaan dan keceriaan. -dp

NANTIKAN LEDAKANNYA!!

Comments

Anonymous said…
ko org kelantan ke sedap2 kutuk kelantan?ko dtg duduk sendri kt kelantan bru tau suasana kt sini..bodoh punya org
Anonymous said…
Tak perlu la ko nak terasa. Klu ko syg kan negeri ko selamatkan diri ko sebelum terminum air yang tidak dirawat. Mmgla ko boleh elak dr terminum.. bg yang anak anak kecil? Ko fikir la sendiri..

Aku bukan nak sokong penulis, tp ko sanggup ke tidur sebantal dengan DAP? Klu ko ingat la kenyataan kapal singh, langkah mayat dia dulu sblm nak wujudkan hukum hudud.. Itu sudah cukup menunjukkan dimana perjuangan PAS selama nie..