..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Seri Shahrir Samad hari ini menegaskan dunia politik tidak sekadar bergantung kepada kepetahan pemimpin berhujah di pentas ceramah sebaliknya perlu mempunyai ikatan yang rapat dengan rakyat.


Menurutnya, polemik yang acapkali diuwar-uwarkan di atas pentas hujah sebaliknya tidak membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapi rakyat.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai peluang parti pembangkang, terutamanya PAS untuk menang di Johor pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti.

“Saya bila dengar kononnya PAS akan jadikan Johor sebagai pertempuran bersama DAP dan PKR, saya rasa sebenarnya mereka tidak memahami hati rakyat Johor. Sebab itu mereka buat pelbagai kesilapan.

“Sebab itu bila mereka kata akan dapat sokongan dari orang Johor, tetapi saya rasa ini masih lagi hanya cakap politik. Kerana dari segi datang keluar mendengar (ceramah) tidak jadi masalah kerana orang Johor ini terbuka," katanya.

“Dunia orang politik bukan hanya tentang polemik dan berhujah di atas pentas, tetapi bertemu mata, berjumpa (rakyat), ikatan hati dan budi itu adalah mustahak. Lebih kepada hubungan dan penyelesaian masalah yang tidak boleh dibuat di atas pentas,” katanya lagi.

Justeru katanya beliau sangat yakin Barisan Nasional akan terus mendapat mandat dan sokongan daripada rakyat biarpun sejak akhir-akhir ini kerajaan pembangkang terutamanya PAS cuba menawan Johor.

Dalam pada itu mengulas mengenai manifesto PAS Johor yang diumumkan baru-baru ini, Shahrir menegaskan contoh pemerintahan PAS di Kelantan dan Kedah sudah memadai untuk membuktikan ketidakcekapan PAS di dalam mentadbir sesebuah negeri.

Malah beliau turut menyifatkan jika PAS masih terus berpegang kepada manifesto tersebut yang hampir 100 peratus menyerupai manifesto Pakatan Rakyat di Selango, berkemungkinan PAS akan selamanya menjadi 'pak turut' kepada DAP dan PKR.

“Tentunya contoh di Selangor bukan membawa bukti yang baik kerana PAS di Selangor dalam kerajaan Selangor memainkan satu peranan yang boleh dikotak-katikkan oleh PKR dan DAP.

“Jadi kalau dia guna contoh Selangor, itu yang baiklah bagi BN kerana kita tahu dari segi kehadiran PAS dalam pentadbiran Selangor begitu mudah dikotak katikkan,” katanya. -antarapos



0 das tembakan!:

 
Top