KEMPUNAN JAWATAN MB - PUNCA NIZAR TUMPU PADA DUN (PRU13)


Keputusan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk tidak bertanding di kerusi parlimen Bukit Gantang menggambarkan bahawa ahli parlimen itu mahu mengejar cita-citanya menjadi Menteri Besar Perak semula, kata Ahli Parlimen Lenggong Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Menurut beliau, pendirian Nizar merupakan pelan tindakbalas setelah dimaklumkan bahawa wujudnya dakwaan perebutan kuasa di kalangan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat sendiri untuk merebut jawatan itu pada pilihan raya umum.



"Sebenarnya tujuan Nizar ini menggambarkan bahawa berlaku perubatan tempat di kalangan DAP dan PKR yang masing-masing menonjolkan tokoh untuk menjadi Menteri Besar jika mereka memerintah.

"Nizar, melihat ini menggugatkan kedudukan beliau untuk menjadi menteri besar sebab itu dia memberi tumpuan kepada DUN (Dewan Undang Negeri)," kata beliau ketika dihubungi AntaraPos.

Nizar yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang mengumumkan untuk tidak bertanding kerusi parlimen Bukit Gantang kerana berhasrat memberi tumpuan untuk memenangi Perak semula daripada Barisan Nasional (BN).

Beliau pada 2008 pernah menjadi Menteri Besar Perak apabila Pakatan Rakyat memenangi 31 daripada 59 kerusi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu namun disingkirkan setelah BN kembali berkuasa berikutan terdapat beberapa ahli parlimen lompat parti.

Dalam pada itu, Shamsul turut berkata, BN mempunyai keyakinan tinggi mengekalkan negeri Perak di bawah tampuk pemerintahan BN berdasarkan respon daripada masyarakat.

"Berdasarkan petunjuk daripada rakyat sejak akhir-akhir ini, Barisan Nasional berkeyakinan terhadap peluang pada pilihanraya akan datang," ujar beliau. -antarapos

Comments