PTPTN - UNISEL : KHALID GAGAP PUTAR-BELIT LAGI??


Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim malam tadi mendakwa kerajan negeri pimpinan beliau sudah pun menyediakan RM30 juta untuk membantu pelajar Universiti Selangor (UNISEL) yang tidak mendapat pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi, beberapa jam selepas PTPTN menarik balik pembekuan pinjaman itu.

Khalid mendakwa Barisan Nasional menarik balik pembekuan pinjaman itu kerana kelam kabut dengan kejayaan beliau untuk menyediakan dana RM30 juta bagi pelajar terbabit.

“Hasil daripada pelbagai usaha, kita sudah ada duit sebanyak RM30 juta bagi membantu pelajar selepas dinafikan hak mendapat pinjaman di bawah PTPTN.

"Mereka ingat kita tidak pandai kira untuk mencari duit. Akhirnya selepas kita sudah ada RM30 juta, tiba-tiba PTPTN mengumumkan membuka semula pinjaman kepada pelajar Unisel,” kata beliau pada ceramah di Ketereh, Terengganu malam tadi.

Kenyataan Khalid itu mengelirukan kerana beliau sendiri mengumumkan kerajaan negeri hanya bercadang untuk mengapungkan tanah 500 ekar untuk mengumpul dana RM30 juta. Beliau berkata hanya sebahagian wang itu akan digunakan untuk membantu pelajar UNISEL.

Pendirian itu dizahirkan oleh Khalid menerusi kenyataan berikut dua hari lalu: "Kerajaan negeri akan membantu UNISEL mengapungkan hartanah tersebut dipasaran untuk mendapatkan wang tunai. Dianggarkan sejumlah RM30 juta boleh diperolehi hasil dari usaha ini. Sebahagian wang ini akan digunakan untuk membantu pelajar-pelajar yang teraniayai akibat dari tindakan kerajaan BN membekukan PTPTN."

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin menarik balik pembekuan itu semalam susulan rayuan pentadbiran UNISEL yang mengaku kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor tidak ada sebarang perancangan menawarkan pendidikan percuma kepada pelajar institusi itu.

Naib Censelor UNISEL, Profesor Dr Anuar Ahmad berterima kasih kepada kerajaan, khususnya kepada Kementerian Pengajian Tinggi dan menterinya kerana bersetuju untuk meneruskan semula pinjaman kepada pelajar universiti tersebut. UNISEL adalah dibawah teraju kerajaan negeri pimpinan Khalid.

Anuar mengakui kepentingan PTPTN kepada pelajar memandangkan lebih 80 peratus penuntut UNISEL adalah daripada keluarga berpendapatan rendah.

Khalid sebelum ini mengumumkan akan memajak tanah hasil daripada pelarasan hutang Talam Corporation sebagai bagi membantu pelajar berkenaan.

Beliau dikecam pelbagai pihak kerana begitu ghairah melupus atau mencairkan aset kerajaan negeri walaupun mendakwa mempunyai rizab RM1.9 bilion untuk membela rakyat Selangor.

PTPTN membeku sementara pinjaman untuk pelajar UNISEL setelah Khalid dan pemimpin Parti Keadilan Rakyat lain berulang kali mendakwa parti itu boleh menyediakan pendidikan percuma kepada semua pelajar universiti sekirannya menang pilihanraya umum ke 13.

Malah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak pelajar supaya tidak membayar balik pinjaman PTPTN kerana ia akan dimansuhkan tidak lama lagi. -antarapos

Comments

Anonymous said…
APA SUSAH-SUSAH, SERAHKAN KEPADA PELAJAR SUPAYA MEREKA SENDIRI YANG MEMBUAT PILIHAN SAMAADA HENDAK MEMINJAM DARIPADA PTPTPN ATAU PUN DARIPADA KERAJAAN NEGERI SELANGOR. BIAR KHALID APONGKAN ASET UNISEL, TETAPI JAGANGAN ACAH-ACAH PULAK,..BAGI PELUANG KEPADA KHALID SELESAIKAN MASAALAH INI. APA BISING-BISING.3O JUTA SATU TAHUN HABIS, TAHUN HADAPAN BIAR DIA APONGKAN HARTA LAIN PULAK. CUKOP LIMA TAHUN SELANGOR BANGKRAP.
Anonymous said…
Kalau apungkan telur si Gagap , agak2 berapa rm dapat? Hehehe