..

UNDER CONSTRUCTIONS...


Jika Presiden PAS - Haji Hadi masih berpegang kepada janji 
yang dilafazkannya tidak mustahil ada artis 
yang akan menjadi calon PRU13 di atas tiket PAS... 

Persoalannya siapa??

Baca kupasan blogger JENDELA MAYA 
mengenai penglibatan artis dalam
kempen politik DI SINI (KLIK!)

Namun PAS sebenarnya mengimpikan lebih dari itu.
Penglibatan artis/selebriti bukan sekadar membantu kempen
tapi berkemungkinan diletakkan sebagai calon pilihanraya.


Kita imbau nostalgia PRK Tenang, Johor tahun lalu...
bila Normala Samsuddin terpaksa meletakkan jawatan
dari kerjaya perguruan untuk menjadi calon PAS.

Abby Abadi akur jika tidak lagi dapat muncul di layar kaca
selepas penglibatan seriusnya dengan PAS...
Apa balasan PAS untuk Abby atas pengorbanannya itu
demi memenuhi kelangsungan rezekinya?

Mungkinkah Abby Abadi akan menjadi calon PAS
dalam PRU13??
Gua tak mahu buat kesimpulan lanjut takut nanti
mengundang amarah Wardina & Bob Lokman... ;-)



PAS SEDIA LETAKKAN ARTIS SEBAGAI CALON PRU13


SHAH ALAM – PAS bersedia meletakkan seniman atau artis sebagai calon parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).


Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti itu tidak keberatan berbuat demikian sekiranya ada permintaan dari akar umbi.


“Kita bersedia meletakkan calon yang terdiri daripada artis sekiranya ada permintaan sedemikian,” katanya.


Beliau berkata demikian pada majlis makan malam bersama Pemimpin PAS anjuran Dewan Muslimat PAS Malaysia di sini malam tadi.


Turut hadir Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am PAS.


Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, kerjasama perniagaan dengan bangsa Yahudi dibenarkan tetapi terhad dengan kaum iatu sahaja dan bukan dengan fahaman Zionis.


Sementara itu, Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr. Siti Mariah Mahmud memaklumkan lebih 30 muslimat dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak telah dicalonkan untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen.

1 das tembakan!:

specialshowtoday said... July 9, 2012 at 1:06 AM

hi! friend ,now i want to exchange with you
this is my blog .
http://khmernews-specialshowtoday.blogspot.com/
if you okay with me , please send my , amokpongthom@gmail.com

 
Top