TENDER HAMPER RAYA... KHALID IBRAHIM TERGAGAP MENJAWAB!!

Post Pic

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan tuduhan memberi tender untuk membekalkan hamper hari raya bernilai sehingga RM2 juta sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka.
Beliau berkata, kerajaan membuat tender terbuka kerana melibatkan nilai yang besar iaitu RM2 juta.


"Itu tidak betul. Kita juga akan memberi akses sebenar agar anda semua boleh melihat bagaimana proses itu berlaku. Di antara 2008 hingga 2009 ada keputusan untuk terus guna 'direct tender'.

"Tetapi apabila ia melibatkan tender berjumlah RM2 juta, kita perlu guna tender terbuka," katanya ketika ditemui di Program Khas Terima Kasih Rakyat di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak, di sini, hari ini.

Portal MalaysiaKini semalam mendakwa kerajaan Selangor memberi tender untuk membekalkan hamper hari raya bernilai sehingga RM2 juta sejak 2009 tanpa melalui tender terbuka.

Agihan percuma hamper kepada golongan miskin dan kurang bernasib baik semasa Hari Raya dan Deepavali dibuat atas daya usaha dan kendalian Jawatankuasa Kesihatan, Pekerja ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, yang dipengerusikan oleh Exco Dr Xavier Jayakumar.

Xavier, bagaimanapun, menafikan dakwaan tersebut.

Dalam sidang media yang sama, Khalid turut ditanya adakah beliau akan menyaman akhbar Sin Chew Daily berkenaan dakwaan menerima surat tunjuk sebab dari parti, katanya, isu tersebut tidak berkait dengan kerajaan negeri.

"Itu tidak ada kena mengena dengan maruah negeri. Tiada kena mengena," katanya.
Khalid mengulas laporan Sin Chew Daily yang memetik sumber sebagai berkata beliau diminta memberi penjelasan kenapa Faekah tidak harus dipecat daripada jawatannya kerana mengeluarkan surat sokongan kepada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) milik kerajaan negeri agar sebuah firma guaman 'dipertimbangkan' menjadi panel peguam di PNSB. -antarapos

Comments