POPE KHALID SOKONG TERAWIH DI GEREJA!!


Menurut berita dari The Malaysian Insider, Khalid Gereja menyanggah kenyataan Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan JAIS menyerbu sebuah gereja di Damansara Utama (DUMC) atas laporan akan berlaku upacara pemurtadan umat Islam di situ malam kelmarin. Khalid Gereja menyatakan kenyataan Hasan Ali tidak mewakili pendirian parti PAS. MB Selangor, Khalid Gagap pula sudah memohon maaf secara terbuka kepada DUMC ekoran serbuan JAIS.

JAIS tak mungkin akan membuat serbuan seperti itu jika tidak mendapat bukti kukuh mengenai sesuatu yang tidak kena dalam upacara tersebut. Datuk Hasan Ali sudah pasti memberi kenyataan melangkaui kepentingan politik, bukan menutup kemungkaran yang berlaku di negeri yang PR terajui - kerana akidah ummat & maruah Islam melebihi segala keutamaan duniawi.

Kebodohan pertama - KHALID GEREJA & KHALID GAGAP yang mengutuk tindakan JAIS menyerbu gereja DUMC malam tersebut yang menurutnya satu acara muhibbah, majlis berbuka puasa??? Peliknya jika gereja tersebut mengadakan 'majlis berbuka puasa' mengapa cuma 12 orang Islam yang dijemput dari lebih 100 hadirin lain??? Kenapa tak jemput Khalid Gereja & Khalid Gagap sekali??? Kenapa perlu diadakan di gereja, tiada tempat lainkah yang lebih sesuai untuk diadakan majlis berbuka puasa selain gereja??? Atau Pope Khalid memang direncanakan akan datang untuk mengimamkan solat terawih di gereja tersebut???

Kebodohan kedua - WARTAWAN TMI, SHANNON TEOH yang mengaitkan isu ini dengan lawatan PM, DS Najib ke Vatican tiga minggu lepas. Lawatan DS Najib ke Vatican adalah lawatan diplomatik kerana Pope adalah pemimpin tertinggi di negara tersebut. Atau wartawan TMI & Khalid Gereja sendiri tidak tahu Vatican adalah sebuah negara (terkecil di dunia) yang merdeka... bukan berkaitan dengan kristianiti semata-mata! Bodoh tak habis-habis...

Khalid Samad: Itu pandangan Hasan, hadir di gereja bukan makna murtad

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Khalid Samad menjauhkan kepimpinan PAS Selangor daripada kenyataan Exco Kerajaan Negeri Datuk Hasan Ali yang mempertahankan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sambil berkata majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utara bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam.

Ahli Parlimen Shah Alam itu menegaskan pandangan Hasan yang dikeluarkan petang semalam bukan pendirian PAS Selangor, sekali gus memperlihatkan perpecahan yang mendalam dalam hubungan kepimpinan parti itu di peringkat negeri itu.

“Apakah penganut Kristian tidak boleh menggunakan kalimah al-Quran dan doa? Ini bukan pendirian PAS. Ia pendirian beliau sebagai Exco yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal agama,” katanya lagi.

“Muslim hadir di gereja bukan petanda murtad. Datuk Seri Najib Razak menemui Pope di Vatican. Adakah ia menunjukkan murtad?” kata Khalid (gambar) yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor.

Jais dan polis dilaporkan telah mengadakan serbuan ke atas gereja itu yang terletak di Petaling Jaya malam kelmarin ekoran satu aduan yang tidak spesifik.

Serbuan itu dibuat kira-kira tiga minggu selepas Najib mengunjungi Pope di Vatican untuk menjalin hubungan diplomatik.

Hasan merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor sehingga awal Jun lalu. Beliau digantikan dengan Adun Meru dan Khalid turut dilantik semula sebagai salah seorang timbalannya.

Khalid menegaskan, tidak kira apa juga undang-undang, Jais seharusnya hormat premis gereja dan mendapatkan waran sebelum mengambil tindakan.

Ahli jawatankuasa kerja PAS pusat itu seringkali memperlihatkan perbezaan pendapat dengan Hasan sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada Mac 2008.

Dalam kenyataannya dikeluarkan lewat petang semalam, Hasan mempertahankan tindakan Jais yang menyerbu majlis makan malam Gereja Methodist Damansara Utama atas alasan ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Hasan menegaskan maklumat yang diterima menunjukkan terdapat kehadiran orang Islam pada majlis berbuka puasa di gereja berkenaan.

Tambah beliau, pada majlis itu juga pihaknya dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan pada majlis itu.

Hasan menambah, seramai 12 orang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut tetapi tiada tangkapan dibuat.

Kenyataan itu berkata kesemua 12 mereka telah diarah untuk hadir di Jais bagi siasatan lanjut. Mereka disiasat mengikut Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Malam satu kenyataan semalam, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri Selangor memandang serius tindakan Jais dan polis menyerbu majlis makan malam muhibbah itu.

Khalid berkata beliau secara peribadi telah menghubungi Pastor Daniel Ho dan menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden tersebut.

Ho berkata, kira-kira 30 anggota polis dan pihak berkuasa Jais memasuki premis gereja itu tanpa waran kira-kira 10 malam kelmarin. Majlis itu dihadiri antara 100 hingga 120 orang dari pelbagai kaum.

“Ini adalah majlis makan malam bagi orang ramai datang atas semangat 1 Malaysia. Kebanyakannya beragama Kristian... ada juga (hadirin), kira-kira 15 orang Melayu,” katanya lagi. -TMI

Comments

kampungpinang said…
Alangkah bagusnya kalau Dr Hasan Ali jwb tindakannya itu bukan atas kepentingan politik,dan PAS bukan menentukan tanggungjawab beliau sebagai umat Islam dalam mempertahankan ISLAM,Tapi atas dasar amanah seorang mukmin yg diberi tanggungjawab untuk memelihara ISLAM,
Anonymous said…
Sorang lelaki dan sorang pompuan berada di dalam rumah belum tentu dorang berzina. Tapi tetap salah sebab bersekududukan kerana boleh menimbulkan fitnah dan syak. Mencegah adalah lebih baik dari merawat atau menghukum.
Anonymous said…
Soal orang Islam nak murtad ke, apa ka dah tak penting lagi.
Nawaitu PAS sekarang ialah untuk menang pilihanraya walaupun agama, bangsa dan negara sendiri tergadai.
Tak percaya, tanya Khalid Gereja...
Anonymous said…
PAS kata kalau pangkah depa masiuk syurga...
so takpela depan nak pergi gereja masuk kristian sbb depa dah pangkah PAS dah...