#Forum20sen: Strategi Haprak Si Jambu Anwar~!! @RafiziRamli @LokmanAdam @TanKengLiang


Rafizi Ramli, Pengarah Strategi PKR telah siap dengan poster untuk mengadakan debat di kawasannya, Parlimen Pandan malam ini tanpa persetujuan tarikh oleh panel-panel lain dari UMNO & Gerakan.

Persoalan pertama mengapa Rafizi begitu dayus & pengecut ajak orang datang 'bertumbuk' di 'kampung sendiri'. Kenapa tidak ditetapkan satu lokasi yang lebih berkecuali.

Menjawab persoalan kedua, Exco Pemuda UMNO Malaysia telahpun menghubungi saya secara personal mengatakan dia tidak pernah gentar untuk menghadapi Rafizi di pentas debat, cuma masa yang disarankan tidak sesuai kerana beliau kini sedang dalam urusan kerja di Utara tanahair sejak beberapa hari lalu.

Rafizi sepatutnya mendapatkan persetujuan panel-panel forum lain terlebih dahulu berkaitan tarikh, lokasi dan tajuk yang ingin dibincangkan supaya tidak menampakkan bermotif politik semata, bukan bertujuan mencari solusi untuk membela nasib rakyat.

Baca juga berkaitan isu ini di blog JENDELA MAYA (klik!) & REZQEENHILL (klik!)

Betullah seperti kata Lokman Noor Adam, Rafizi hanyalah si jambu belaan Anwar Ibrahim yang haprak kerana hanya berani dengan poster rekaan sendiri untuk millage politiknya, bukan menumpukan masa untuk membela nasib rakyat... Gagal menggalas amanah sebagai Ahli Parlimen Pandan.

Comments