#GST: RM17juta Untuk Sembunyikan Fakta?? @NajibRazak @AhmadMaslan


Di sini bukan bertujuan untuk mempertikaikan ketelusan atau betapa sistematiknya GST berbanding sistem cukai terdahulu (SST) tapi cara penerangan yang terlalu naif serta tipikal membuatkan masih ramai yang tidak faham hakikat sebenar yang harus dilalui selepas perlaksanaan GST, dan mengapa GST harus menjadi 'sacrifice' kepada penjanaan ekonomi negara yang lebih stabil di masa mendatang.

RM17 juta diperuntukkan oleh kerajaan untuk pelbagai bentuk kempen secara online dan offline bagi menerangkan tentang GST kepada rakyat jelata... apakah jumlah sebanyak itu sudah memberi impak atau PM & Menteri-menteri cuma disajikan dengan berita indah saja oleh pihak yang sudah menyantap jumlah RM17juta itu tentang tahap keberkesanannya.

Sedangkan hakikatnya masih ramai di kalangan rakyat yang tidak faham, ditambah pula dengan pelbagai bentuk spin oleh pembangkang... 
ditambah lagi dengan cara penerangan yang berunsur taqiyyah, cuma menghidangkan lapis atas yang indah sahaja tanpa menerangkan secara lebih efektif lapis lebih bawah, hakikat sebenar yang harus dilalui selepas pelaksanaan GST.

Saya juga pernah ceritakan lapis indah ini tapi cuma untuk portfolio infografik peribadi... dan memberi penerangan mudah tentang GST supaya semua pihak lebih faham asasnya [KLIK SINI].


Tapi untuk apa saya perlu bersungguh-sungguh memberi penjelasan lebih mendalam sedangkan saya tidak merasa 0.0001% pun dari pihak yang diperuntukkan RM17juta tersebut. Biarlah mereka yang telah diberi habuan & kepercayaan tersebut membuat kerja mereka, dan terus memberi report 'feel good' kepada PM & menteri-menteri... :-) 


Hakikat dari pelaksanaan GST, hampir kesemua negara mengalami peningkatan inflasi. Imej di atas diambil dari 3 negara Komanwel yang rapat dengan Malaysia, paling teruk New Zealand yang mengalami tahap inflasi hampir 30%.

Mereka mengambil masa 3-4 tahun selepas GST untuk memulihkan kembali ekonomi dari inflasi, jika kita mengalami hal yang serupa dalam masa 3-4 tahun akan datang... berkemungkinan rakyat sudah tidak percayakan pentadbiran BN lagi dalam PRU14.

Tapi cara penerangan kita cuma berkisar tentang harga selipar, berus gigi dan ubat gegat yang akan turun harga, bukan tentang hal yang lebih penting seperti private education & healthcare (YANG LEBIH DEKAT DI HATI RAKYAT) yang akan mengalami peningkatan harga yang lebih mendadak selepas perlaksanaan GST.



Datuk Ahmad Maslan sendiri buat U-turn dari statement barang/perkhidmatan akan turun harga kepada kemungkinan berlaku kenaikan harga selepas GST. 


Tapi kenapa kita tidak diperjelaskan kenapa berlaku kenaikan harga? Adakah kemungkinan berlaku peningkatan inflasi? Kenapa barang/sektor yg zero GST & tidak dikenakan GST berkemungkinan paling ketara mengalami kenaikan harga? Apa langkah kerajaan untuk menangani kemungkinan negatif yang akan berlaku?


Perlukan saya menjawab persoalan ini, menerangkan mengikut kajian & pemahaman saya... Saya faham dan tahu cara menerangkannya... tapi saya fikir biar saja pihak yang mendapat peruntukan kempen penerangan GST RM17 juta tersebut menjawabnya. :-) @riorashid



.


Comments

Anonymous said…
kerajaan buat road tour untuk penerangan GST, jabatan kami dah terlibat.

maka bila ade penerangan mengenai GST dimana-mana pihak blogger pergilah amek tahu, dengar dan fahami.

jelas??
RR said…
penerangan oleh menteri kewangan sendiri kabur, apatah lg oleh jabatan2 bawahan ni... perjelas la dalam nada rakyat, bukan dlm nada kerajaan... highlight lebih benefit gst unt rakyat dari benefit unt kerajaan.