..

UNDER CONSTRUCTIONS...




ulasan lagu SANDIWARA (TYCO/KRU)... mengapa mesti percaya lagu ini memang ditujukan kepada nik aziz!
SANDIWARA [TYCO]

Setelah sekian lama
Tak pernah ku tertanya
Mengapa ceritamu begitu sempurna
Tanpa rasa curiga dirimu ku terima
Dengan ideologi menghina mencaci
dalam verse satu ni menceritakan tentang seorang penyokong PAS yang mula sedar betapa dia tertipu oleh kata2 seorang tok guru yang selama ini dikagumi kerana kezuhudannya, tetapi menghalalkan carut, umpat dan caci-maki.
Darimu ku belajar bersikap kurang ajar
Wahai TOK GURUku kau racun mindaku
Namun aku tersedar terlewat dari masa
Aku sudah terkena
Keliru ku keliru
Fikir segala yang berlaku
dalam verse ini mengisahkan tentang kekeliruan dan kekesalan setelah dia tidak sedar diracun mindanya oleh sang tok guru sehingga sanggup bersikap kurang ajar, seperti berdemo dan merusuh setelah tok guru menghalalkannya.
Katamu tersusun rata ku terima sebulat-bulatnya
Aku jelas terpedaya terperangkap permainan sandiwara
Putih kau jadikan kelabu hatiku menjadi haru-biru
Aku jadi bonekamu dalam sandiwara itu
chorus ini menceritakan penyokong2 PAS jelas dipermainkan dan ditipu dengan setiap fatwa politikal palsu oleh tok guru; seperti mempergunakan nas alquran & hadis demi serakah kuasanya.
Setapak langkah aku dua tapak kau maju
Mindaku kau baca bagai sebuah buku
Kau buat ku percaya apa ku nak percaya
Hidupku kau atur bagaikan catur
bridge ini mengisahkan tentang betapa sukarnya untuk 'keluar' dari ketaksuban kepada seseorang manusia yang telah lama berakar dalam diri.
Bila yang benar kau kata sandiwara
Tapi yang sebenar kau bijak putar fakta
Bukan sahaja itu tapi yang lebih pilu
Kau pecah belah ummatku
Keliru ku keliru
Fikir segala yang berlaku
bila sesuatu fakta dan kenyataan ditempelak sendiri oleh tok guru dengan mengatakannya fitnah dan konspirasi, penyokong2 menjadi lebih keliru. bertambah menyedihkan bila ummat islam semakin berpecah-belah.
Kau beriku ku informasi
Tafsiran yang tersendiri
Dan demi kepentingan diri
Yang kanan kau kata kiri
demi kepentingan politik terpaksalah tok guru mengimplementasikan frasa "wal halalku, wal harammu!"
Hingga ku benci, benci, benci pada semua
Kerna itu aku sanggup menderhaka
Kau telah meracun minda
Ku gagal lihat yang benar
Nasihat orang tuaku ingkar
Kerana kau ku buat ku percaya
Mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
Kau kata mereka mungkar
bukan hanya perpecahan ummat, institusi keluarga yang kecil juga sampai berpecah-belah dan berantakan hanya kerana ketaksuban kepada seorang manusia. ada anak yang sanggup menderhaka kepada ibu-bapa, ada suami-isteri yang sampai bercerai berai. semua kerana kelancangan mulut tok guru yang begitu senang menghukum seseorang/ sesuatu pihak itu kafir dan berdosa.
.

1 das tembakan!:

Anonymous said... August 12, 2011 at 3:59 PM

aduhai..macam2..

"Punyai Kereta?
Jika Ya!! Diskaun Hebat Untuk Insurans Kenderaan Anda..
Penghantaran Road Tax Percuma Ke Seluruh Malaysia..
Sahut Cabaran Kami, Peluang Memenangi Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM100,000. Keterangan Lanjut, Layari : www.aiomits.com
Jangan Lupa Like kami di Facebook Pages!! : AiOMI T&S"

 
Top