KARPAL SINGH HARUS BERTAUBAT!!!

"over my dead body!"
bertitik dari 'kalimah perang' itu, karpal singh memberi amaran kepada sekutunya dalam PRiot, PAS berkaitan matlamat asal mereka untuk menubuhkan negara islam.

akhirnya haji hadi membuat deklarasi jujur penubuhan negara islam tidak pernah ada dalam kamus politik PAS. satu bius berkesan untuk mengangkat puak erdogan mengenepikan calon2 ulamak di dalam pemilihan PAS di muktamar lepas.
"Yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar. Syabas. Tetapi yang menang besar ialah tokoh yang tidak hadir dan bukan pun ahli PAS. Ianya ialah Karpal Singh. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam PAS yang akan kuatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS langkah mayatnya. Belum pun ia mati PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan. "
sinis sekali komen tun dr mahathir menerusi blognya CHEDET.CC, berkaitan senario yang berlaku di muktamar PAS. sememangnya karpal singh memainkan peranan besar dalam memperlihatkan wajah sebenar politik lalang PAS.

tidak berakhir di situ, karpal singh membalas balik tulisan tunM menerusi portal malaysiakini:
“Meniti usia yang senja Dr Mahathir sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya. Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi perdana menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat. Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.” Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.
woOohoo... karpal sinki nak suruh tunM taubat plak selepas seruan taubatnya kepada anuwar tidak dilayan!

karpal singh lupa untuk mengingatkan diri-sendiri yang mana dialah orang pertama yang patut bertaubat! tunM dalam usia sebegitu sekurang2nya masih gagah melangkah untuk memperjuangkan nasib bangsa & martabat negaranya. tapi apa yang karpal perjuangkan? hanya ideologi lawyer yang 'loyar buruk' di atas kerusi roda semata2 matlamat politik sempit.

karpal dedahkan perilaku seks songsang anuwar (semasa masih dalam BN) di parlimen. karpal pernah menyeru anuwar bertaubat kerana telah melakukan sebegitu banyak kemusnahan kepada negara. tapi hari ini karpal relakan dirinya disorong ke mahkamah untuk membela anuwar yang dia sendiri tahu bersalah, cuma mengharap ada kemenangan 'teknikal' seperti 1998 dulu.

taubatlah karpal singh... kalo terbuka pintu hidayah untuk masuk islam lagi baek... kerana kerusi roda tu bila2 masa saja boleh tersorong ke dalam gaung!

Comments

Anonymous said…
he he he he....