RBF OFFLINE... KENAPA GUA PLAK SEDIH??!

di dalam entry semalam, blog RUANG BICARA FAISAL seperti menyuarakan hasrat untuk berehat panjang dari medan tempur blogosfera. semua kerana kebimbangannya terhadap ugutan pihak yang butthurt dengan pendedahan berani di skrin blognya.

gua rasa sedih sebab blog RBF merupakan antara blog yang menyumbang traffic terbesar ke blog gua... selain GAP, PAPAGOMO, PISAU, MIM, UNSPINNER, MPP dan semua yang turut merangkaikan blog 1peluru di blog masing2. blog ini berjaya memasuki ranking bawah 2,000 malaysia traffic rank selepas 2 minggu bereksperimen dengan update harian (sebelum itu di ranking 25,000+ malaysia traffic). sedih atas dasar berterima kasih & terhutang budi...

kini baru gua faham 'stim'nya berblogging dan akan terus memaksimakan khudrat, pemikiran dan anugerah tuhan kepada gua, menjunjung perjuangan atas nama ALIF-BA-TA! terima kasih kepada RBF, GAP, PAPAGOMO dan semua yang membantu dalam misi untuk sama2 menghancurkan dakyah & kebatilan PRiot!

apa yang berlaku kepada RBF merupakan satu signifikasi betapa jeleknya makna kebebasan bersuara oleh juak2 PRiot. mereka bebas menohmah dan menempelak peranan pihak lain tetapi mereka tidak dapat menerima kenyataan bila karma yang sama berlaku ke atas mereka... hingga sanggup menggunakan ugutan dari samseng segala!

gua tahu RBF takkan give-up kerana pejuang2 siber BN lain akan merapatkan barisan menangkis semua ancaman yang 'ditembak' kepada kita. harap RBF kembali secepatnya ke dalam saf perjuangan ini selepas tamatnya 'tempoh bertenang'.

Comments