hari ini cukup sebulan gua buat update harian blog 1peluru (cuma semalam xde update pasal ada urusan di luar radar hehee). gua mulakan 13 mei lepas atas nama eksperimentasi... tanpa desakan, tanpa arahan, cuma untuk lihat sukar sangatkah mengejar hits, mendaki ranking jika tahu cara & resepinya?
apapun, 1st of all gua nak ucap terima kasih terbuka kepada blog GAP yang menjadi penyumbang traffic terbesar ke blog ini sejak gua aktif berblogging. traffic dari GAP menyumbang lebih 1/3 dari jumlah traffic keseluruhan.
blog2 besar seperti PAPAGOMO, RBF, MIM, PISAU, THEUNSPINNERS juga banyak membantu, termasuk juga blog2 lain yang meletakkan link 1peluru di blog masing2. gua ucap terima kasih & bravo unt luorang semua... ini bermakna penyatuan boleh saling melengkapi perjuangan kita!
bermula dari malaysian rank 25,000++ pada sebulan lepas. lepas dua minggu dengan daily update blog ini berjaya masuk dalam ranking bawah 2,000 malaysia rank... dan lepas 4 minggu (hari ini) 1peluru dah berjaya masuk ranking bawah 1,000 dan sertai 20 blog/portal pro-BN pada ranking teratas (tolong maklumkan gua kalo ade blog yg tercicir dari senarai di bawah).
hakikat dari hal di atas, gua bukan nak mendabik dada. cuma gua harap eksperimentasi gua ni jadi contoh unt mereka yang selalu sangat mendabik dada bila bercakap soal ranking... sebab dalam masa sebulanpun gua dah buktikan sesuatu blog boleh masuk senarai bawah 1,000 malaysia rank kalo ada cara & resepi yg betul! dan yang paling penting adalah penyatuan di kalangan kita dengan meminggirkan dulu semua hal yang remeh-temeh!
okey, mengapa misi mengejar hits/ranking kadang2 boleh memusnahkan makna perjuangan? gua petik dari kenyataan ds zahid hamidi dalam BH semalam:
"Berbanding pembangkang, mereka (unit siber) dikumpulkan dan mengupas isu mengikut tafsiran masing-masing yang kebanyakannya menjurus ke arah membelasah kerajaan. Padahal kita ada kumpulan yang lebih besar tetapi mungkin satu unit tempur siber yang bersistematik perlu diwujudkan bagi membalas segala serangan!"
Comments
kasi bykkan lagi video wali band !
hahahaha
erm blog gua pun dpt traffic dr blog GAP jgk.. tp xde la sebanyak bro .. hehe
p/s: to bro GAP, thank u :)
http://fikirankami.blogspot.com
Tahniah atas kejayaan anda.Cuma sedih sikit tang mana silapnya GAP boikot blog gua selepas tak lama dipautkan.
Mungkin sebab gua selalu belasah Azwandin Hamzah kot sahabat baik GAP.Apa pun gua ingat kita berhak berblog cara kita sendiri asalkan satu perjuangan.
Tahniah sekali lagi.
salah satu sebab GAP banyak bantu blogger baru sebab link list ke blog2 baru update diletakkan betul2 di tepi latest post dia dgan susunan yg tak berserabut.
APA... gua pun xde dalam list blog sorg blogger 'MANTAN JUARA' kerana masalah peribadi dia dgan org lain plak tu hehee. apa2 hal nnt gua harap lu ngan GAP bleh settle down!
takpe tak semestinya berada di ranking teratas adalah yg terbaik! blog pembangkang @toplist tukar tiub tu pun tahap sampah je pengisiannya!
teruskan perjuangan suci ni...satu jihad
Setuju dengan APA, biarlah kita berblog dgn cara kita sendiri. Mungkin gaya tarinya lain2...tapi iramanya tetap sama....
gua tercicir satu portal anwaraidc.com sepatutnya berada di tangga ke 11 (rank m'sia 752) nnt gua edit list tu. =)