..

UNDER CONSTRUCTIONS...

"Aku tak boleh nampak kiblat ALLAH tu dengan duit!!"

Video rakaman IbnuKhusairy berjudul "Pakcik Depan Sogo" menjadi fenomena selepas huru-hara perhimpunan Bersih 2.0 di kota KL 9 Julai lalu. Banyak luahan bermakna yang terpacul dari mulut orang tua misteri ini untuk generasi muda hari ini belajar mensyukuri.

Percakapannya yang berselang-seli dengan aksi menulis sesuatu pastinya membuat ramai yang tertanya-tanya. Apa yang 'Pakcik Depan Sogo' sedang tulis?? Dari foto di atas, kita boleh melihat jelas dia sedang menulis petikan ayat2 suci alQuran. Gelas plastik di hadapannya bukan untuk meminta sedekah, tapi hasil jualan ayat-ayat alQuran yang ditulisnya kepada orang-ramai yang lalu-lalang di situ.

Menurut tulisan di blog IbnuKusairy.com, dulu pakcik ini tinggal di Malay Mansion di tingkat 13 di bangunan yang berketinggian 14 tingkat. Kemudian, rumahnya dirobohkan untuk pembinaan pusat membeli belah SOGO. Di hadapan SOGO, menurutnya, ada klinik di mana PM pertama kita Tunku Abdul Rahman membuat pemeriksaan mata.

Malay Mansion... kemungkinan pakcik ini dulunya seorang jutawan. Sebab itulah soal wang tidak pernah dia pandang. Yang penting dia boleh mencari rezeki dengan aman tanpa huru-hara & kekacauan di tempat dia meneruskan kelangsungan hidup. Satu mesej penting untuk individu atau pihak yang terlalu mengidam serakah kuasa sehingga meminggirkan susah-payah orang lain dalam misi mencapai cita-citanya!





"Tanya diri engkau apa bakti engkau kepada negara, jangan tanya negara berbakti kepada diri engkau!" merupakan ungkapan bekas presiden USA, John F. Kennedy pada tahun 1961, justifikasi bahawa tahap ilmu pakcik depan SOGO ni bukan sembarangan.


Entri dalam blog ini (KLIK) ditulis pada Oktober tahun lepas lagi... menunjukkan pakcik ini sememangnya sudah lama 'berpengkalan' di sekitar SOGO. Jadi sebarang prasangka untuk menuduh pakcik ini SB, MIO, CIA, MOSSAD, etc adalah tidak berasas sama sekali.

.

26 das tembakan!:

Anonymous said... July 14, 2011 at 10:38 AM

TERBAEEKKK LA PAKCIK.... Sy boleh ckp..thp pemikiran pakcik lg bagus dr pencacai PR tu.. martabat lg penting dari kuasa... Cayalah..

wak sam said... July 14, 2011 at 11:57 AM

cakap pakcik mintak sedekah pun korang nak percaya. kah kah kah kah

YAYA said... July 14, 2011 at 12:04 PM

PAKCIK NI LAGI BIJAK DARI NIK AZIZ...

Anonymous said... July 14, 2011 at 12:13 PM

Wak Sam.. Takyah hina orang lain, nanti kalau Tuhan takdirkan dan makbulkan kau jadi peminta sedekah, aku harap kau faham ler hati dan perasaan sebagai peminta Sedekah yang kau kata tak boleh percaya tuh. Aminnntrali

Anonymous said... July 14, 2011 at 1:23 PM

WAK SAM yg angkuh, satu hari nti ko akan jadi org yg paling hina...

Anonymous said... July 14, 2011 at 2:50 PM

pakcik ni bukan peminta sedekah la waksam bodoh! dia penulis khat jalanan tu... guna bakat & tenaga tulis ayat2 QURAN untuk cari rezeki halal. bukan macam puak2 PAS yang guna ayat2 QURAN untuk kepentingan politik!!!!

haiqal said... July 14, 2011 at 4:13 PM

May Allah bless u atok!!!
cucu akn slalu kt blakang atok... cucu ingt ape kate2 atok..
:D
atok mmg hebat...atok mmg ROCK!!!
atok mmg MELAYU!!!

to wak sam:ape nakalnya anda... xkn peminta sedekah boleh ckp mcm ni... mustahil.. even atok ni peminta sedekah pun, ilmu die tinggi,martabat mulia berbnding org2 mcm seangkatan dgn anda..
:D
aman MALAYSIA aman!!!!

Pelik said... July 14, 2011 at 4:15 PM

kata pakai otak laa...org tua tu cari rezeki pun x menyusahkan org lain hangpa yg blajar bagus2 tapi dok mengharapkan org lain....lepas tu nak naik kan nama orang yg x hbs2 nak perjuangkan utk diri dia sendiri...pelik,pelik???

hangkedee said... July 15, 2011 at 10:05 PM

Wak sam...kalau kita tambat PAH kamu jadi apa eek.Jangan menghina itu gada dan qadar illahi.sebaiknya bantu jangan caci.tenguk sekarang apa orang melayu ada pemerintah melayu raja melayu hendak di jatuhkan.Adakah anda bersedia menjadi rakyat setia kepada CINA kafir Harbi...Ayoh bawa geng geng kamu berhijrah ke Singapork.Disana melayu bakal Pm baru berugama Islam WAK SAM

Anonymous said... July 15, 2011 at 11:58 PM

harga diri pakcik lagi tinggi dr nik aziz

teeeerbaiiik lah pakcik!!!

Anonymous said... July 16, 2011 at 12:01 AM

wak sam tu typical pakatan haram. so,mmg cenggitu budaya dia..

meh kita tiru sikit budaya kurang ajar dia, betul tak wak samPAHaramjadah??

Anonymous said... July 16, 2011 at 4:51 PM

orang tua ni sebenarnya lebih mulia dari si mat omega atau nicky najis. mempunyai pandangan yang bernas walau pun dia hidup sedemikian rupa

Anonymous said... July 18, 2011 at 3:19 PM

Alhamdulillah..Pakcik..

Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com

Anonymous said... July 21, 2011 at 1:39 PM

Wak Sam looser! kau lebih hina daripada binatang peliharaan atok ni.. Fikiran dia mmg Power kalau nk d bndingkn dgn Ketua kau...

Anonymous said... August 7, 2011 at 6:52 AM

Wak sam, tahniah, anda telah berjaya menjatuhkan maruah anda serendah2 nya. Teruskanlah, dengan lagak tuturkata anda, percayalah, satu hari nanti, bila tiba waktu dan ketikanya, anda akan teringat dan menyesali apa yang anda telah luahkan kepada pakcik ini. Tunggu... Insyallah.

Anonymous said... August 7, 2011 at 5:08 PM

banyak bising punya orang tua. hebat lah tu kalau berpendirian kepala batu mcm tu?

ini zaman bukan zaman batu lah pakcik...

mungkin kata pakcik tu betul utk zaman batu...

Anonymous said... August 8, 2011 at 6:13 AM

ini bkn soal zamanbatu x zamanbatu la,even pk cik pmikiran zaman batu mcm yg ko ckp..lagi bagus pale otak dy dri ko dan n.aziz..harap duk zaman moden..kpale otak mcm berok..pk dulu sblum ckp..n.aziz dulu..kwn org umno kafir sbb bersekongkol dgnorg kafir..skrg ape cite ni.nik aziz sndiri bersekongkol dgn dap n pkr.Adakah mksudnya nik aziz DH JADI KAFIR

whiteorange said... August 8, 2011 at 11:47 AM

Nik ajis dan anwar bukan sahaja kepala batu tapi kepala dah jadi batu

Mujahid said... August 8, 2011 at 11:33 PM

perlu ke saling mengutuk? mulia sgt ke diri tu untuk menghina org laen?

Anonymous said... August 10, 2011 at 6:47 AM

anonym 7 aug 5.08pm ngan wak sam loser, Kalau pakcik ni zaman batu pun dia bijak, guna fikiran, bukan orang zaman sekarang tapi fikiran masih macam zaman batu. Akal ada ke nak ckp mcm tu?kord nak ckp mcm tu gigi ko dah tumbuh ke?Aku tak tanya kord dah hafal Alif Ba Ta ke belum, aku tanya huruf alif tu dah kenal ke?kalau belum jgn nak kurang ajar nak kutuk2 pakcik ni, kalau kurang ajar g belajar dulu. Pakcik ni lagi mulia dari korang. Lagipun korg sound2 kat sini apekejadah, pegi try sound pakcik tu tengok, dia cuma anggp korang nih mcm anjing menyalak je.

Anonymous said... August 11, 2011 at 12:42 PM

Pak cik ni memang la korang hormat sebab sealiran dgn korang. Nik aziz korang kutuk sebab tak sependapat. Wak sam terbaekkk

Anonymous said... August 12, 2011 at 4:36 PM

PAKCIK NIE CINTAKAN KEAMANAN DAN BERFIKIRAN LEBIH MATANG DARI PENYOKONG2 PR WALAUPUN ADA YG BERPELAJARAN TINGGI..WAK SAM KALAU NAK JUMPA PEMINTA SEDEKAH YG SEBENAR PERGILAH CERAMAH PAS...LEPAS CERAMAH KENA BAGI SEDEKAH UNTUK BUAT MODAL CERAMAH YG AKAN DATANG DAN BEGITULAH SETERUSNYA :)

Anonymous said... August 14, 2011 at 7:34 AM

dimata zahir pakcik ni hanyalah peminta sedekah , kurang upaya , kain baju tak sempurna ! korang jgn tertipu dengan mata ..yg dilihat jgn terus dipercaya , mata zahir boleh tertipu , maka lihatlah dengan akal dan ilmu , lihat denganmata batin yg boleh menembus segala yg nyata !

kalau benar dia tak sempurna akal , bagaimana dia tahu segala tarikh dan apa yg berlaku , bagaimana dia faham senario dan kronologi peristiwa ?

kalau benar dia peminta sedekah biasa , bagaimana dia boleh cakap 'aku tak nampak kiblat Allah itu dengan duit ?' faham tak apa makna pakcik tu cakap ?

lihat riak mukanya , lihat gerak matanya , lihat nur wajahnya , lihat geleng kepalanya , apa yg kamu boleh tangkap ?

nak bagi sedekah pada pakcik tu jgn letak duit dalam tin , hulur duit bagi genggam dengan dia , atau terus masuk dalam koceknya , dia akan berpaling melihat muka anda ! kalau kamu masuk duit dalam tin dihadapan itu [tin tu tempat dia simpan pen warna ] dia kan menangis tersedu dan menadah tangan berdoa kehadrat Allah !

jika ada masa , cubalah anda bercerita dengan pakcik tu , bisik pada dia 'doakan saya ' secepat kilat airmatanya akan menitis dan berdoa dengan linangan airmata !

kalau tak kenal pakcik tu jangan buat andaian ikut selera ...bahaya diri sendiri

AliaAyumi said... August 17, 2011 at 12:06 AM

AKU TAK KENAL PAK CIK NI WALAUPUN DAH LAMA DUK KL. TAPI AKU TAK KAN MENGHINA ORANG SESEDAP RASA JE. KALAU AKU JUMPA PAK CIK NI, AKU AKAN PERHATIKAN DIA SAMBIL MENCARI KEBENARAN DI WAJAHNNYA.

Anonymous said... August 17, 2011 at 8:13 AM

ALA KORANG SMUA SAMA... TAK KIRA PARTI MANA PON.. SAMA-2 BONGOK. YANG RUGI SAPA ?? ISLAM DAN MELAYU LAAA BONGOK. CUBA BERSATU SESAMA SAUDARA SEAGAMA KAN KE ITU YG DI TUNTUT.... AKU BEBULU DGN GENG2 YG CARI SALAH ORANG LAIN NIH.... SAMPAI MAMPOS AKU TAK SOKONG... IDUP ISLAM....MAMPOS NGAN PARTI-PARTI TAK KIRA MANA PON.

radiniz said... September 30, 2011 at 4:36 PM

Parti itu, parti ini, terpulang pada pandangan cahaya (mata) masing2. tidak semua ada pada sesuatu parti2 itu salah, cuma kesalahan semakin hari semakin bnk kerana sunatullah, fitnah akhir zaman.

Berusahalah dalam mengurangkan fitnah2 itu. itulah yang orang beriman akan lakukan.

Andaian anda semua pelbagai, mengikut pengetahuan masing2, dari kacamata masing2. Itu adalah jalan pakcik tersebut, yg tidak semua dan sngt jarang manusia mampu utk melakukannya. selagi mana pakcik itu melaksanakan yg disuruh Allah dan rasulnya, selagi itulah beliau benar dan perlu difikirkan perkataan2 dan perbuatan2 beliau.

Sedikit kesimpulan, dalam dirinya sangat tinggi tawakal ke atas Penciptanya. Beliau semestinya pelik melihat manusia yg rakus dengan duniawi.

laukanu ya'lamuun.

 
Top