selepas UNGGUN BERSIH, a. samad said muncul dengan sebuah lagi puisi yang bakal menjadi pemangkin anarki dan penyuntik doktrin anti-kerajaan sempena perhimpunan mahajijik - BERSHIT 2.0.
PELUDAH WARNApuisi yang kononnya boleh bertindak sebagai 'senjata' oleh sasauan negara ini tanpa dia sedar boleh menjadi 'senjata' yang memakan diri, membunuh penyatuan bangsanya sendiri.
Kuasa gusar kini menggelegak murka;
warna kuning diisytihar racun terbisa.
Diragutnya baju-T segeram tenaga
dan diumum itulah busana bahaya.
Tapi, kita jahit semula perca kain,
menjadikannya panji terindah dan tulen.
Warna kuning yang teramat tenang dan syahdu
kita kembalikan damai ke dalam qalbu.
Kini cahaya mentari mungkin diramas
dan sinar kuningnya juga mungkin dicantas.
Memanglah mereka kini peludah warna
sedang menghimpun lendir kahak sebanyaknya.
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
~ A Samad Said
bandingkan peranan a. samad said dengan allahyarham usman awang dalam membayar harga gelaran 'SASTERAWAN NEGARA' kepada negaranya. semasa hayat usman awang gigih mengangkat martabat bangsanya melalui karya. dalam baris kata yang sarat dengan keindahan estetika beliau berkias dalam menasihati, dengan penuh kelembutan yang tak lekang dengan nuansa akal budi melayu.
tujuannya bukan mengkritik membuta-tuli, tapi supaya bangsanya menjadi lebih gah pada persepsi masyarakat asing... baik dari sudut pemikiran, peradaban dan penyatuan. natijah karyanya jauh lebih murni jika dibanding dengan a. samad said.
cuba hayati salah satu puisi usman awang (di bawah) dan bandingkan dengan puisi a. samad said (di atas). puisi karya usman awang ini wajib dihayati setulusnya oleh generasi hari ini untuk mengenal salasilah bangsa dan membawa martabat melayu ke mercu teratas di masa mendatang.
MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.
Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"
Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "
Nukilan ~ Usman Awang
tidak dinafikan peranan penyair & penulis dalam menegakkan sesuatu hak... cuma tidak semua antara mereka menegakkan hak yang hakiki. ramai yang mudah dipesongkan sehingga tak sedar diri mereka sebenarnya sedang berjuang menjulang kebatilan.
ayuh kita gesa kerajaan menarik balik anugerah SASTERAWAN NEGARA dari a. samad said memandangkan dia tidak tahu menghargai gelaran tersebut untuk menyumbang sesuatu yang positif kepada negaranya!
baca tenang UNGGUN BERSIH, UNGGUN ILLUMINATI (KLIK!)
.
Comments
Kerana nikmat amat lama berkuasa,
kuasa pun seolah menjadi hartanya.
(Bangsa dan Agamaku)
Kerana nikmat amat lama mendapat kesenangan,
Kuasa dan hak yang ada nak digadaikan.
aku mohon izin ambik gambar kedua-dua petualang negara tu.
Aku rasa Asamad Said melalui puisi dia sudah isytiharkan perang terhadap kerajaan Malaysia dan sudah sedia dengan Pakatn Haram untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional serta merampas kuasa !
tu pic dari malaysiakini.
PELUCAH SIRNA
Kalau mereka Peludah Warna,
Kamu pula badut Pelucah Sirna,
Penyokong agenda hina,
Peruntuh tamadun yang terbina.
Tuan badut Pelucah Sirna,
Bukankah kuning itu warna diRaja?
Bukankah kuning baju itu mengocak damai cara sengaja?
Bukankah kuning budak itu mengendong sang Yahudi durja?
Bukankah kuning juak itu memberi susah pada penjaja?
Tuan badut Pelucah Sirna,
Bukanlah kuning itu resmi Ambiga,
Bukanlah kuning itu menolak tuhan yang tiga,
Bukanlah kuning itu berkendara mulia jiwa dan raga,
Bukanlah kuning itu tempelan nurani seluruh warga.
Tuan badut Pelucah Sirna,
‘Kuning’ sudah bertemu kuning,
Mengapa tak langsai apa yang pening?
Tuan badut Pelucah Sirna,
Bukan beradu janggut terpanjang,
Sekadar merenung masa yang panjang,
Pelucah Sirna perlu diterajang,
Sebelum maruah negara tergadai di ranjang.
Selangkah hampir kita ke puncak jaya-
BERSIH mencucuh api kebencian membara:
Demokrasi dicanang membuta tuli
Segenggam hasrat mengangkat diri sendiri.
Lama usaha kita – Negara berjaya;
Lama nikmat kita – Negara berjasa.
Demokrasi yang utuh, jangan kita kufuri;
Suara lancang perlu ditutuh , kita gagahi!
Lima dekad lalu anak Tanah Melayu bersatu:
Di London diikat janji ke arah satu:
Tak diperlu debu sengketa yang tepu,
Diperlu hanya suara hati yang merdu.
Kini ditiuplah debu laknat itu;
Kini bertebanganlah zarah debu itu.
8-9, 7.11. O. SALAM SYAHID
SELAMAT HARI LAHIR SAUDARAKU
- Usman Awang
Palu telah dijatuhkan
Lama sebelum tanganmu terikat ke belakang
Kau gegar aras kayangan
Kekuasaan yang mula tergoncang
Sekali tanganmu terancung ke udara
Sejuta teriakan menyambutnya
Sekali suaramu terpancar ke angkasa
Sejuta gelombang gema menyahutnya
Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.
Demi sumpah perjuangan
Demi maruah keadilan
Tabah dan gagah
Tidak pernah menyerah.
belut berlagak keli
melayu kian mati
rela agama di uli