BERSHIT 2.0: INI KEJAYAAN TERBESAR MEREKA!!



gua cuba saksikan video di atas dengan mengenepikan ideologi politik gua, anggap gua seorang rakyat biasa yang berkecuali... dan gua rasa marah sangat2 kat polis & benci sangat2 kat kerajaan (yang dianggap memberi arahan kepada polis untuk bertindak sedemikian brutal). jadi boleh diistilahkan video propaganda ini berjaya! hampir suku juta views dalam masa 2 hari dengan hampir 10K 'likes'... bayangkan apa impaknya kepada PDRM & kerajaan/BN??

dari hasil rakaman ini mustahil mereka bertindak sukarela, entah berapa banyak bajet yang sanggup PR laburkan untuk sebuah 'karya propaganda' 'sehebat' ini. gua maksudkan hebat bila melihat ramai kawan2 FB gua yang selama ini tidak mengambil endah tentang hal politik negara tidak putus2 'share' video ini di wall FB masing2. bayangkan impaknya kepada kerajaan/BN dalam PRU13 jika video ini terus menjadi 'senjata' penting mereka untuk 'membunuh' kerajaan/BN.

tapi apa yang media & jentera siber proBN buat untuk membalas video ini? mana video seumpamanya untuk menjawab spekulasi yang mereka mainkan?? mana kumpulan yang dicurah bajet bulanan puluhan ribu RM, yang punya kamera & videocam HD hampir mencecah puluhan ribu RM... takkan melapor berita saja, tak terfikir untuk 'menjawab' apa yang akan mereka propagandakan dari situasi tegang BERSHIT 2.0 secara visual (kreatif) yang mana akan lebih berbekas di hati rakyat!

begitu ramai so-called-brilliant & creative thinkers dalam kumpulan yang punya bajet bulanan puluhan ribu RM... tak terfikirkah photographer & videographer PR bersorak sakan dengan 'hasil rakaman' yang mereka perolehi pada 709, sedangkan mereka mudah guna & suntingkan video sekerat2 untuk tunjukkan kezaliman polis (yang mana akhirnya mereka manipulasikan sebagai kekejaman kerajaan/BN).

blogger picisan seperti kami jugalah yang terpaksa mengerah khudrat dengan kamera cikai meredah risiko bermandi water cannon & menahan pedih teargas semata2 untuk mempertahankan maruah polis & nama baik kerajaan/BN. tapi apa yang kami berpenat-lelah ni dapat? semua manfaat yang patut kami raih, opportunist yang cuma pandai bercakap yang rembat!

ini cuma sessi luahan perasaan... gua akan jawab isu video ini dalam entri akan datang. setakat mana yang gua boleh balas balik juga dengan video yang gua sempat rakam pada 709. FIKIR2LAH WAHAI PEMIMPIN2 YANG ASYIK MELABUR UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI, BUKAN KEPADA SEMUA YANG HAK UNTUK MEMPERTAHAN MALAYSIA DI BAWAH TADBIR BN & PAYUNG RAHMAT ALLAH SWT. FAKTA (PENULISAN) BOLEH DILAWAN DENGAN FAKTA (PENULISAN)... KREATIVITI (VISUAL) MESTI DILAWAN DENGAN KREATIVITI (VISUAL)!!

oh ye... video PATRIOT rempuh FRU tu sungguh memalukan. itu bukan kreativiti dalam propaganda, tapi menggambarkan PATRIOT sungguh mabuk & pondan... kita nak lawan BERSHIT, bukan nak lawan FRU! takde apa impak positif untuk PEMUDA UMNO/BNpun tapi video tu dimainkan oleh blog2 pembangkang untuk mereka pakat gelak beramai2!!

.

Comments

Ikrar Pemuda said…
this is nothing compared to the riot police from other countries..
lagi pon ini nak handle perhimpunan haram..bukan perhimpunan sekolah..takkan polis nak cakap "semekom..tumpang lalu..err...kepada semua..jgn berhimpun...sila balik rumah ye.."

tak payah neutral ke hape..kalau fikir pakai otak dan compare dgn dunia-dunia luar..polis malaysia kira baik la..
pak jabit kg pisang said…
kalau dah menggelupur takkan polis tak keras sikit....adalah tidak adil utk kita menyalahkan pihak polis ketika bertugas...

bro pls open your mind.....

kerja polis ni bukan sekadar pi keje balik keje....dia org sangat komited akan tugas dan tanggungjawab....dan mereka telah bersumpah utk menjaga keamanan negara....

ingat jangan kerana seorang dua yg bermasalah disiplin...seluruh anggota polis harus di salahkan...

soalan....adakah jika PKR/PAS atau DAP memerintah PDRM akan di bubarkan?
RR said…
dudes... gua tak salahkan polis. kat sini cuma nak terangkan macam mana mereka spekulasikan polis yg cuma menjalankan tugas terpaksa bertindak tegas & keras, menjadi jahat & kejam... jelas mereka spekulasikan dgan video sekerat2! & gua nak jelaskan macam mana kita sepatutnya gunakan cara mereka juga unt menjawab propaganda yg mereka cipta. manusia lebih suka MELIHAT dari MEMBACA.
Anonymous said…
UMNO-ONLINE xda pun video pasal BERSIH...... :-(
Anonymous said…
harap umno lawan cara video...ikut zaman mereka...

Hidup UMNO.
tragedi said…
pemimpin2 umno tak kesah pun menda2 ni. balaci2 bawah macam kau je yg bersungguh nak tolong jaga imej mereka.
Anonymous said…
Kejayaan terbesar? ke kerja yg xde pekdah!!hah.

Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com