..

UNDER CONSTRUCTIONS...


harimau malaya seri 1-1 menentang singapura malam tadi, tetapi dihitung kalah dengan agregat 6-4. menamatkan perjalanan malaysia memburu tempat ke piala dunia 2014 di brazil. jurulatih malaysia, k. rajagopal harus memikul sepenuhnya tanggungjawab terhadap kekalahan ini. segalanya bersabit kelemahan taktikal dan pemilihan pemain. selain itu FAM juga harus bersikap lebih terbuka menerima pendapat dan saranan.

FAM silap bila meminggirkan tan sri annuar musa (tsam) dari bersuara untuk menentukan halatuju keseluruhan survival bolasepak malaysia walaupun dilantik sebagai timbalan presiden. tsam sudah membuktikan keunggulan beliau membawa bolasepak kelantan ke persada paling membanggakan, peningkatan mendadak dalam masa 3 tahun dengan merangkul kejuaraan demi kejuaraan. sosok paling beraspirasi untuk membawa bolasepak negara ke satu dimensi baru seolah-olah dipinggirkan. peranan tsam dalam FAM cuma diserahkan untuk mentadbir MSL sdn. bhd & bolasepak wanita.
Tan Sri Annuar Musa:
Antara arsenal liverpool dan Chelsea mana Yg lebih tinggi ranking dlm EPL..CHELSEA!!!!tapi bila bertemu Msia,pasukan Utama negara bolos 10 gol...tapi pasukan PILIHAN Msia lwn Chelsea bolos 1 gol saja...Kenapa?..KERANA PILIHAN BERDASAR PRESTASI SEMASA TERNYATA LEBIH KUAT DARI PASUKAN YG SEOLAH OLAH DAH TETAP MILIK ORG TERTENTU...FOR WORLDCUP PRE Q,sepatutnya YG TERBAIK DIPILIH BG TIAP POSISI.

Tan Sri Annuar Musa:
Ada 2 corak/falsafah berbeza dlm mengendali pasukan BOLASEPAK NEGARA..pertama cara 'project boys'...dimana skuad( bermula u 23)kendalian Dtk rajagobal/Dtk subhan di beri keutamaan dan sering disebut skuad ini utk PIALA ASIA 2015.....kedua cara MERIT Spt kebanyakan negara di dunia dimana YG TERBAIK SEMASA dipanggil wakili negara bila saja ada INTERNATIONAL....CARA PROJECT BOYS ATAU CARA MERIT YG ANDA SUKA?
itu petikan pendapat dari tsam di wall FBnya selepas malaysia berjaya mengekang kelab ternama EPL, chelsea yang cuma berjaya menjaringkan 1 gol dalam perlawanan persahabatan minggu lepas. secara tidak langsung tsam mensarankan kepada FAM team yang menentang chelsea adalah team terbaik untuk diserapkan menentang singapura dan membawa cabaran malaysia di kelayakan piala dunia, bukan pemain2 syok sendiri pilihan k. rajagopal dan hasil percaturan FAM.

tsam harus diberi lebih ruang untuk bersuara dan menyatakan pendapat di dalam FAM demi kemajuan bolasepak negara, jangan pula dikenakan tindakan atas usul yang ikhlas melihat keunggulan malaysia di pentas bolasepak asia/dunia di masa hadapan. ini luahan tsam selepas perlawanan malam tadi...
Tan Sri Annuar Musa:
Pada saya spore bermain lebih Baik Malam ni dan Kalau tidak kerana Apek Msia MUNKIN diaibkan di laman sendiri dgn lebih byk gol lagi..SELAIN DARI PEMAIN IMPORT,team spore menerima hasil Dari LIGA S Yg kompetitif..Dan spore jelas lebih berpengelaman berbanding Msia..MALAYSIA PERLU MENGKAJI MODEL RAJAGOPAL..Yg jelas kita belum boleh mendabek dada UTK Rantau ini...MASIH BYK PERLU DILAKUKAN

2 das tembakan!:

Anonymous said... July 29, 2011 at 10:00 AM

Bukan salah kami kata Rajagopal..(sepatutnya) Salah saya...
FAM mesti lebih scientific dan realistic...wang dan dana perlu digunakan sebijaknya..

Anonymous said... July 29, 2011 at 3:34 PM

kalaulah perlawanan d s'pore temph hari rajagopal meletakkan kahirul fahmi sbg gol keeper, mgkin gawang gol m'sia x bolos sampai 5..
Harimau Malaya semakin berprestasi.

Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com

 
Top