ambiga tergagap-gagap menjawab pertanyaan EXCO pemuda UMNO & pengerusi UMB, tun faisal ismail aziz berkenaan titah perintah YDP AGONG mengenai larangan mengadakan demonstrasi jalanan dan stadium merdeka. ambiga mengakui penderhakaannya kepada YDP AGONG bila melanggar titah larangan baginda supaya tidak mengadakan demonstrasi jalanan dan tergagap-gagap mempertahankan lokasi perhimpunan mereka di stadium merdeka.
itu satu2nya soalan dari penonton yang membuatkan ambiga agak terkedu pada wacana 'APA SELEPAS 9 JULAI' di dewan karangkraf shah alam, petang tadi... kebanyakan soalan lain dari penonton dikuasai oleh penyokong2 BERSHIT yang bertubi-tubi 'menyerang' timbalan pengarah SPR, datuk wan ahmad dengan pelbagai soalan tetapi bertindak bising&liar seperti beruk2 tak cukup pisang bila datuk wan ahmad mahu menjawab. saksikan video di bawah...
segala permasalahan yang timbul dari kejadian 9 JULAI hanyalah kerana demonstrasi jalanan, ekoran keengganan ambiga & anuwar ibrahim menurut titah perintah YDP AGONG. berikut adalah petikan mystar-online berkenaan berita petang tadi:
segala permasalahan yang timbul dari kejadian 9 JULAI hanyalah kerana demonstrasi jalanan, ekoran keengganan ambiga & anuwar ibrahim menurut titah perintah YDP AGONG. berikut adalah petikan mystar-online berkenaan berita petang tadi:
Ambiga Akui Agong Titah Batalkan Demonstrasi Jalanan 9 Julai
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK
SHAH ALAM: Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Datuk S. Ambiga pada Selasa mengaku bahawa Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin menitahkan agar pihaknya tidak meneruskan perhimpunan jalanan seperti yang berlaku pada 9 Julai lalu.
Beliau turut mengaku bahawa baginda bertitah demikian empat hari sebelum perhimpunan haram berkenaan diteruskan ketika majlis menghadap di Istana Negara pada 5 Julai lalu.
"Perhimpunan jalanan? Ya, Agong bertitah demikian (tidak adakan perhimpunan jalanan).
"Malah ia turut terkandung dalam titah khas Tuanku sebelum itu... semua orang pun tahu mengenainya," katanya pada majlis Wacana Sinar Harian di sini, Selasa.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Exco Pergerakan Pemuda Umno, Tun Faisal Ismail berhubung sama ada Yang di-Pertuan Agong pernah memberi peringatan kepadanya secara peribadi agar tidak meneruskan perhimpunan jalanan Bersih 2.0.
Bagaimanapun Ambiga berdegil dengan tetap menganjurkan demonstrasi jalanan berkenaan shingga menimbulkan huhu-hara di ibu kota.
Wacana bertajuk 'Apa selepas 9 Julai' itu turut menampilkan Timbalan Pengerusi Suruhajaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar dan Pengarah Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharudin sebagai ahli panel.
Selain itu berhubung persoalan mengapa pihaknya bertegas mahu mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka dan menolak tawaran Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menganjurkannya di Stadium Melawati Shah Alam, Ambiga memberi alasan bahawa pihaknya mengambil kira soal kedudukan yang strategik.
"Di Stadium Merdeka senang untuk orang ramai keluar masuk ke kawasan berkenaan, ia kawasan yang strategik.
"Lagipun ada banyak kemudahan pengangkutan awam untuk orang pergi ke sana," katanya.
Bekas Presiden Majlis Peguam itu turut menyatakan bahawa faktor masa yang terlalu singkat menyebabkan perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka diteruskan.
"Kita bukan tak mahu elakkan keadaan huru-hara dengan menerima tawaran guna stadium di Shah Alam, tapi pengumuman awal telah dibuat dan kita hanya ada masa yang suntuk menguruskannya.
"Tapi ingin saya tegaskan, sekiranya pihak polis memberi kerjasama kepada Bersih untuk meneruskan perhimpunan secara aman, saya jamin tidak akan ada huru-hara berlaku seperti yang kita lihat seperti 9 Julai lalu," katanya.
Comments
one more thing.... dia katakan stadium merdeka easy to go in n out.. public transports.. does this point make any sense? kalau penyokong dia kata "yes".. nampak sgt la "....." (fill in the blank pls)... come on la.. u akan buat jalan dekat KL tu bertambah jem.. sebab tu segala perlawanan besar2ran bola sepak akan diadakan distadium yg besar! parking senang, tempat yg sesuai, tak menganggu lalu lintas.. tak menggangu org nak buat urusan perniagaan dsbnye... tak nampak lg ke? kan bersih 2.0 target 100k org eh? sampai ke 100k? in reality 10-20k pon tak jejak agaknye... lol.. kat stadium shah alam tu sesuai la.. besar, tmpt strategik, parking byk, public transport ade, at least kurang la org nak buat urusan kat situ, kurang la sikit nak halang lalu lintas...
apa agenda ambiga sebenarnye ni? pls la.... saya lebih suka menilai seseorang itu daripada parti sebelum menyokongnya.. kalau dia bagus x salah nak sokong.. tp utk ambiga saya xnampak apa tujuan yg releven utk buat demonstrasi tersebut... hanya memalukan...
at least video ni dpt buka mata org ramai yg dok sebok sokong ambiga ni.. tq
Itula Ambigau...
die nk org len bg kerjasama.. dh die tu x bg kerjasama xpe ke?dah org bg wat kt shah alam tu nape x bg kerjasama? nk gak wat kt KL tu.. lg nk ckp pasal kerjasama.. sndri x bg kerjasama nk salahkn pihak lain plak.. titah agong pn die langgar.. ni la penjahanam negara..
Diskaun Hebat untuk Insurans Kenderaan, Penghantaran Percuma Untuk Cukai Jalan, Tiada Sevice Charge!! Sahut Cabaran kami untuk menang Proton Exora dan Wang Tunai Sehingga RM 100,000 keterangan lanjut layari :-
www.aiomits.com